Berita Harian

22 cawangan Jamie’s ditutup

1,000 kakitangan restoran milik cef selebriti hilang pekerjaan

-

Penutupan rangkaian restoran milik cef selebriti Britain, Jamie Oliver bakal mengakibat­kan kira-kira 1,000 kakitangan­nya menganggur, apabila majoriti cawangan restoran itu menghentik­an operasinya serta-merta.

Oliver, 43, individu terkenal di Britain dan luar negara kerana populariti rancangan masakan di televisyen serta buku tulisannya, mengasaska­n restoran mewah Itali, Jamie’s pada 2008.

“Saya amat sedih dengan keputusan ini dan mengucapka­n terima kasih kepada semua kakitangan dan pembekal kami yang meletakkan sepenuh jiwa raga terhadap perniagaan ini selama lebih sedekad,” kata Oliver.

Malah, Oliver turut menyatakan kesedihann­ya apabila

majoriti restoranny­a yang beroperasi lebih sedekad lalu, terpaksa ditutup kerana perubahan tabiat pelanggan.

“Kira-kira 1,000 kakitangan akan hilang pendapatan apabila 22 daripada 25 cawangan restoran itu ditutup serta-merta,” kata KPMG, yang dilantik sebagai pentadbir.

Tinggal dua cawangan

Namun, dua cawangan restoran itu yang beroperasi di Lapangan Terbang Gatwick dan Jamie Oliver’s Diner masih beroperasi buat sementara waktu.

Ketika ini, kumpulan restoran itu mempunyai kira-kira 1,300 kakitangan.

Sementara itu, Alin Ciocan, 28, sedang bersiap sedia untuk memulakan tugas di cawangan Victoria di sini, apabila mendengar ia tidak akan dibuka, sekali gus menyebabka­n beliau hilang pekerjaan.

“Saya tidak percaya pada mulanya. Saya benar-benar suka melayan pelanggan, namun ia adalah situasi aneh ketika ini kerana semua restoran kasual dan mewah mencatatka­n penurunan pelanggan,” katanya.

Rangkaian restoran milik Oliver adalah mangsa terbaru persekitar­an perniagaan yang semakin mencabar, terutama di kawasan tumpuan pelanggan di Britain.

Pada, Mac lalu, Boparan Restaurant Group (BRG) berkata, ia merancang menutup lebih satu pertiga rangkaian restoran ‘Giraffe and Ed’s Easy Diner’, sementara cawangan Carluccio’s, Prezzo, Strada and Gourmet Burger Kitchen ditutup pada 2018.

Perubahan tabiat pelanggan menyaksika­n peningkata­n untuk aplikasi makanan bawa pulang seperti Just Eat dan Deliveroo serta ramai gemar memilih khidmat makanan segera berbanding mewah seperti Jamie’s.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Notis pelantikan KMPG sebagai pentadbir Kumpulan Restoran Jamie Oliver, iaitu restoran makanan Itali milik cef selebriti, Jamie Oliver ditampal di pintu masuk restoran itu, di Manchester, England.
[ FOTO AFP ] Notis pelantikan KMPG sebagai pentadbir Kumpulan Restoran Jamie Oliver, iaitu restoran makanan Itali milik cef selebriti, Jamie Oliver ditampal di pintu masuk restoran itu, di Manchester, England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia