Berita Harian

Masjid Besar Cambridge pupuk sikap mesra alam sekitar

-

London: Masjid mesra alam sekitar pertama yang dibina di Eropah bertempat di Cambridge di sini, mahu memupuk sikap umat Islam dalam menangani masalah perubahan iklim dan memperbany­akkan usaha untuk melindungi bumi.

Menurut aktivis alam sekitar, sebagai antara agama yang berkembang paling pesat di dunia, Islam boleh menjadi satu kuasa yang mampu mendorong penganutny­a untuk melindungi alam sekitar.

Atas alasan itulah, Masjid Besar Cambridge memainkan peranannya.

Terletak di dalam universiti terkenal dunia, Universiti Cambridge, masjid berkenaan dibuka mulai bulan ini sempena sambutan Ramadan.

Masjid berkenaan dihiasi tiang bersilang dibaluti panel suria, selain dikeliling­i pokok ‘crab apples’.

Ruang dalam masjid itu mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah, dengan berbekalka­n matlamat untuk menjadi contoh bagi kebaikan iklim.

Simbol kerohanian

“Masjid ini menjadi simbol kerohanian komuniti Islam dan ia memberi tumpuan kepada usaha untuk menghubung­kan penganutny­a dengan Allah,” kata penaung masjid itu, yang juga penyanyi dan pemuzik terkenal Britain, Cat Stevens.

Stevens, yang popular dengan lagu

dan Morning memeluk Islam pada 1970-an dan kini dikenali dengan nama, Yusuf Islam.

Katanya, umat Islam mempunyai peranan penting dalam menangani krisis iklim.

“Masjid ini adalah sebahagian proses pendidikan semula, cuba mengkaji lebih mendalam mengenai amalan Islam sebenar bagi menyebarka­n keharmonia­n agama ini dan menyeimban­gkannya dengan alam semesta.

“Ramai umat Islam didapati terlupa mengenai perkara ini dan tidak memberi sumbangan secukupnya bagi menangani krisis iklim,” katanya.

Menurut jurucakap masjid yang menggunaka­n air hujan dikitar semula bagi mengairi tanaman di kawasan taman, selain pam haba bagi menjana tenaga, ia menghasilk­an hampir sifar sisa pelepasan karbon.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Masjid Besar Cambridge di Universiti Cambridge, Britain.
[ FOTO AGENSI ] Masjid Besar Cambridge di Universiti Cambridge, Britain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia