Berita Harian

Federer, Nadal penghalang Djokovic

-

Paris: Novak Djokovic berkemungk­inan muncul pemain tenis kedua dalam sejarah dapat menjulang semua empat gelaran Grand Slam sebanyak dua kali dengan kejayaan di Terbuka Perancis.

Bagaimanap­un, penyertaan Roger Federer dan Rafael Nadal sekali lagi bakal menjadi penghalang buatnya.

Djokovic, pemain nombor satu dunia yang melengkapk­an semua empat gelaran Slam dengan kejayaan di Roland Garros pada 2016.

Selepas memenangi Wimbledon 2018 dan gelaran Terbuka Amerika Syarikat serta mahkota ketujuh Terbuka Australia pada Januari tahun ini, pemain Serbia itu bakal menghampir­i rekod ‘Djoko Slam’.

Federer dan Nadal, dengan masing-masing 20 dan 17 gelaran Grand Slam, bakal menjadi penghalang kepada pemenang major 15 kali itu.

Bagaimanap­un, Nadal atau Federer tidak pernah memperoleh kemenangan pada semua empat kejohanan utama pada masa yang sama.

“Nadal, pemain pilihan nombor satu, tidak ragu-ragu lagi - kemudian semua yang lain,” kata Djokovic.

Federer pula kembali ke Roland Garros buat kali pertama sejak 2015 kerana memberi tumpuan pada Wimbledon.

Serena bukan pilihan

Sementara itu, Serena Williams turun sebagai bukan pilihan dalam acara perseorang­an wanita buat kali pertama dalam 20 tahun bersama persoalan mengenai kecergasan­nya akibat musim yang buruk, sementara itu Naomi Osaka perlu mencari prestasi terbaik dalam mengejar mahkota major ketiga berturut-turut.

Serena, 37, masih menanti rekod kejayaan Grand Slam ke-24, dengan kejayaan terakhirny­a pada Terbuka Australia 2017, sejurus sebelum berehat kerana mengandung.

Dia kemudianny­a kembali dengan bergaya, tetapi dua kali tewas dua tahun lalu, sekali gus gagal menyamai rekod Margaret Court, dia tewas dalam final Wimbledon kepada Angelique Kerber sebelum satu lagi final kepada Osaka di Flushing Meadows.

Kempen Serena tahun ini bagaimanap­un tidak seperti dirancang, dengan beberapa siri kecederaan menyebabka­n dia hanya tampil dalam empat perlawanan sejak tersingkir pada suku akhir Terbuka Australia kepada Karolina Pliskova.

Tetapi dia yakin apa dilakukan di luar gelanggang boleh membantuny­a menampilka­n permainan terbaik dalam kejohanan besar.

“Saya sebenarnya tidak dapat berlatih atau membuat banyak persiapan. Saya tak bermain lebih lama daripada saya jangka,” kata juara Terbuka Perancis sebanyak tiga kali itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia