Berita Harian

Ribuan tempat duduk kosong

Chelsea, Arsenal pulangkan semula tiket

-

London

Kuntuk mengembali­kan sebahagian besar daripada 2,000 tiket yang diterima daripada badan induk itu.

Mengikut The Times, tindakan penaja terbabit mengikut langkah dilakukan Arsenal dan Chelsea yang memulangka­n kembali tiket selepas sukar menjualnya kepada peminat mereka berikutan kos penerbanga­n yang tinggi ke Azerbaijan. Dua kelab Liga Perdana Inggeris itu juga merancang mengembali­kan lebih setengah daripada 6,000 peruntukan yang diterima mereka apabila masing-masing hanya mampu mengagihka­n antara 3,500 dan 2,000 tiket.

Pada awalnya, Arsenal dan Chelsea masing-masing mengutuk

keputusan perlawanan berkenaan diadakan di stadium yang mempunyai kapasiti 69,000 itu.

Jualan biasa

Bagaimanap­un, kos dan jadual penerbanga­n ke sana yang mahal serta terhad, menyebabka­n penyokong memilih untuk tidak mengambil pilihan berkenaan.

Sejumlah rakan komersial UEFA, yang dijangka menyaksika­n perlawanan itu juga dilaporkan mengalami masalah yang sama, manakala isu visa dan waktu sepak mula pada jam 11 malam waktu tempatan turut memberi kesan.

Kesan daripada tindakan penaja ini dijangka membawa impak kepada jumlah penonton dengan anggaran sekitar 2,000 tiket sudah pun diagihkan kepada mereka.

Kesemua serahan tiket itu akan dijual semula sebagai jualan biasa dan ditawarkan kepada penyokong tempatan.

Biarpun ia tampak tidak stabil seandainya permintaan menjadi tinggi dan ketika hanya 23,000 tiket baru terjual di Azerbaijan, ia sekali gus bermakna ribuan kerusi kosong bakal dilihat di dalam stadium.

Penyokong Arsenal meluahkan kemarahan mereka di atas keputusan UEFA untuk menganjurk­an aksi final di Baku yang menyebabka­n pemain tengahnya, Henrikh Mkhitaryan menarik diri kerana bimbang mengenai keselamata­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia