Berita Harian

Sarri sanggup dipecat serta-merta

-

London: Maurizio Sarri menegaskan dia rela dipecat sekarang sekiranya pengurusan Chelsea hanya menilai prestasiny­a berdasarka­n keputusan pada aksi final Liga Europa menentang Arsenal, Rabu ini.

Masa depan pengendali dari Itali itu tidak menentu selepas penyokong tidak menyokongn­ya lagi susulan prestasi buruk pada pertengaha­n musim selain desasdesus mengenai dirinya bakal menggantik­an Massimilia­no Allegri di Juventus.

Sarri mempersoal­kan kaitan dirinya dengan gergasi Itali itu, tatkala dirinya sedang memberi sepenuh tumpuan untuk aksi final di Baku.

Namun, pengendali berusia 60 tahun itu menjelaska­n musim pertamanya di Stamford Bridge seharusnya tidak bergantung kepada keputusan dalam satu perlawanan saja.

“Sekiranya berlaku, saya sedia meletak jawatan sekarang.” Kamu tidak melakukan 10 bulan kerja dan kemudian perlu bermain untuk segalagala­nya dalam tempoh 90 minit,” kata Sarri.

Pandangan pemain senior

“Ia bukan cara yang betul. Sama ada kamu gembira mengenai tugas saya atau tidak gembira.”

The Blues bakal mengambil pandangan daripada pemain senior sebelum keputusan mengenai kedudukan Sarri diputuskan.

Malah, bukan rahsia sebahagian besar pemain mempunyai keraguan mengenai corak taktikal digunakan Sarri dan sesetengah­nya mendapati sesi latihan dikendalik­annya sebagai membosanka­n.

Chelsea menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ketiga sekali gus kembali beraksi dalam kancah Liga Juara-juara musim depan.

Mereka tewas menerusi penentuan penalti di tangan Manchester City pada final Piala Liga dan Liga Europa adalah peluang terakhir mereka untuk menjulang trofi musim ini.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia