Berita Harian

Atlet lega Lapang Sasar Subang kembali dibuka

-

Petaling Jaya: Selepas sembilan bulan ditutup, Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, yang menjadi venue latihan skuad kebangsaan serta penganjura­n pelbagai kejohanan menembak kembali beroperasi seperti biasa.

Ini memberi kelegaan kepada penembak negara yang sebelum ini terpaksa menjalani latihan di Lapang Sasar Menembak Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil yang agak kecil dan tidak mempunyai kelengkapa­n yang diperlukan.

Lebih menggembir­akan, dengan pembukaan semula Lapang Sasar Menembak Kebangsaan itu, bermakna akan adanya kembali penganjura­n kejohanan yang boleh disertai penembak negara sebagai medan menguji prestasi mereka.

Bagi atlet menembak kebangsaan Muhammad Ezuan Nasir Khan, mengakui agak terjejas apabila venue latihan dan kejohanan di Subang itu ditutup dan dia sendiri sukar untuk menilai prestasi sendiri tanpa menyertai mana-mana kejohanan.

Katanya, untuk acara menembak, atlet perlu menyertai kejohanan setiap bulan memperbaik­i hasil bidikan di samping memperbaik­i prestasi dari semasa ke semasa.

Kes jenayah

“Sepanjang Lapang Sasar itu ditutup, pemilihan ke kejohanan besar hanya dilakukan menerusi prestasi ketika latihan. Ia agak sukar bila kita tidak ada pertanding­an, tidak dapat bersaing, tidak dapat membanding­kan prestasi dengan baik.

“Ia memang memberi kesan kepada kami. Saya lega apabila venue ini dibuka kembali dan sekali gus ada kejohanan menembak yang akan diadakan semula. Ini akan membantu persiapan saya untuk ke Sukan SEA dan Kejohanan Menembak Asia kelak,” katanya.

Terdahulu, pada sidang media yang sama, anggota Jawatankua­sa Latihan dan Pertanding­an Persatuan Menembak Kebangsaan Atlet menembak kebangsaan Malaysia (NSAM), Datuk Musa Omar mengesahka­n Lapang Sasar Subang mendapat lampu hijau untuk kembali beroperasi selepas ditutup sembilan bulan lalu ekoran kes jenayah.

Menurut Musa, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memberi lampu hijau untuk Lapang Sasar Subang beroperasi selepas lulus empat siri pemeriksaa­n.

“Dua hari lepas, kita dapat surat daripada Ketua Polis Negeri Selangor menyatakan bahawa Lapang Sasar Subang sudah boleh digunakan selepas sembilan bulan ditutup ekoran insiden tidak diingini berlaku sebelum ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia