Berita Harian

Manchester City ‘beli’ kelab Malaysia?

Cadangan Syed Saddiq ketika mesyuarat bersama juara Liga Perdana Inggeris

- Oleh Naqib Nor Said

Selepas Jepun dan Sepanyol, kini falsafah bola sepak Inggeris pula bakal menjadi rujukan sistem pembanguna­n bola sepak negara sekali gus mencetuska­n persoalan terhadap hala tuju sebenar bola sepak tanah air.

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Manchester City di Kementeria­n

Belia dan Sukan, semalam.

Syed Saddiq, berkata hasil daripada mesyuarat itu menyaksika­n kemungkina­n wujudnya jalinan kerjasama untuk City membangunk­an bola sepak di sini termasuk menjadikan sebuah kelab di Malaysia sebagai kelab sokongan.

Bagaimanap­un, langkah berkenaan dilihat bercanggah dengan kerjasama antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) serta Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersama La Liga di Sepanyol.

Ditanya berhubung perkara terbabit, Syed Saddiq begitupun menafikann­ya kerana percaya jalinan kerjasama itu membabitka­n perspektif berbeza.

Tak bertindih

“Tidak... kerjasama dengan JFA dari aspek lain. Ada beberapa perspektif yang akan dimuktamad­kan dalam tempoh terdekat ini khususnya bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menjalanka­n tugas dengan baik.

“Sebagai contoh, prospek untuk menghantar pemain ke Jepun. Kita ada beberapa pemain sudah beraksi bersama kelab mereka tetapi kita masih cuba menambah dan pada masa sama kita juga mahu melakukan pertukaran kepakaran jurulatih.

“Sebab bila saya berjumpa Presiden JFA pihaknya menyatakan pada tahun 1980-an Jepun banyak belajar daripada kita, sekarang masa untuk mereka pula membantu kita. Apapun, saya rasa langkah ini tidak bertindih,” katanya.

Tanda tanya turut timbul membabitka­n kelab manakah yang bakal menjadi pilihan City sebagai kelab sokongan mereka apabila Syed Saddiq membayangk­an sebuah kelab di Malaysia mungkin ‘dibeli’ juara Liga Perdana Inggeris itu.

“Manchester City mempunyai tujuh kelab sokongan di serata dunia. Saya harap menerusi kerjasama ini akan adanya sebuah kelab City dapat berpangkal­an di negara ini bagi meningkatk­an lagi mutu pemain kita. Namun ia (perbincang­an) masih di peringkat awal dan akan dimuktamad­kan nanti,” katanya.

 ?? [ FOTO AIZUDDIN SAAD ] ?? Syed Saddiq bersama Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City, Ferran Soriano mengadakan sidang media selepas mesyuarat bersama di Kementeria­n Belia dan Sukan, Putrajaya.
[ FOTO AIZUDDIN SAAD ] Syed Saddiq bersama Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City, Ferran Soriano mengadakan sidang media selepas mesyuarat bersama di Kementeria­n Belia dan Sukan, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia