Berita Harian

Syamim ajak rakan bangkit, pamer aksi terbaik

-

Kuala Terengganu: Selepas diaibkanpj­citydilama­nsendiri14 Mei lalu, pemain sayap Terengganu FC (TFC), Syamim Yahya tidak rela ‘menangis’ lagi di bumi sendiri buat kali kedua berturut-turut ketika menentang Selangor, malam ini.

Bekas pemain kebangsaan itu juga tidak rela peminat setia skuad Penyu terus berduka, apatah lagi selepas kehilangan jurulatih berpengala­man, Irfan Bakti Abu Salim yang meletak jawatan secara mengejut sehari selepas dimalukan 3-5 oleh skuad PJ City itu.

“Kami sudah bersedia mempamerka­n aksi terbaik bagi menyekat pemain Selangor daripada bermaharaj­alela di laman kami kerana kami mahu mencatat kemenangan bagi mengintai kedudukan lebih baik dalam liga.

“Lagipun kami sudah rugi mata ketika tewas 0-1 di Shah Alam pada aksi pusingan pertama, jadi sudah tentu kami tidak mahu tercicir mata dan rebah lagi, lebih-lebih lagi bermain di laman sendiri,” kata pemain kelahiran Raub, Pahang itu.

Bagaimanap­un, pemain berusia 29 tahun itu sedar bukan tugas mudah buat pasukannya untuk menumpaska­n The Red Giants yang kini berada pada tahap prestasi terbaiknya.

Bukan salah Irfan

“Skuad itu liat untuk ditewaskan tetapi dengan sokongan daripada peminat setia, kami akan berusaha keras menyaingi pasukan itu,” kata Syamim yang pernah menyarung jersi negeri kelahirann­ya.

Mengulas lanjut, bekas pemain FELDA United musim lalu itu menyatakan ketiadaan bekas gurunya, Irfan yang memilih untuk meletak jawatan susulan prestasi tidak konsisten pasukan tidak berPemain sayap TFC makna pasukannya tidak boleh bangkit.

“Jurulatih Irfan meletak jawatan tidak bermakna dia bersalah sepenuhnya, sebaliknya kombinasi kami tidak berapa menjadi walaupun barisan jurulatih sudah melakukan rombakan pemain hampir setiap perlawanan.

“Namun, kami tidak akan patah semangat biarpun tanpa Irfan dan ketiadaann­ya bukan bermakna kami tidak mampu bangkit, barisan jurulatih sedia ada tidak kurang hebatnya, mereka mengatur taktikal terbaik ketika seri 1-1 dengan FELDA Sabtu lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia