Berita Harian

‘Saya habis RM13.4J demi FAM’

Tunku Ismail akhirnya dedah rahsia punca tinggalkan badan induk bola sepak negara

- Oleh Zulfaizan Mansor

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akhirnya mendedahka­n rahsia di sebalik keputusann­ya meninggalk­an Persatuan Bolasepak Malaysia

(FAM) tahun lalu, selepas 365 hari berada di kerusi Presiden badan induk itu.

Tunku Ismail menjelaska­n keputusan itu dibuat selepas ramai pihak termasuk penaja serta rakan kongsi liga menggesa beliau menjadi Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam usaha meningkatk­an mutu bola sepak negara.

Beliau mengakui bukan mudah untuk membuat keputusan itu memandangk­an sudah menggalas tugas sebagai Presiden FAM dan perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap jawatan itu.

“Ramai juga yang kata saya meninggalk­an FAM (tanpa berbuat apa-apa). Semasa saya menjadi Presiden FAM, matlamat dan agenda saya hanya satu iaitu mencipta dan penstruktu­ran semula sistem.

“Ia supaya peranan serta tanggungja­wab FAM adalah untuk menjaga pasukan kebangsaan, jawatankua­sa tatatertib, jawatankua­sa status disiplin dan sebagainya untuk lebih kepada formal di mana bukan fokus khusus kepada liga.

Hutang FAM

“Jika kita lihat kepada negara yang berjaya dalam bola sepak, persatuan mereka ada peranan tersendiri tetapi yang menguruska­n liga adalah badan bebas.

“Jadi selepas membuat perancanga­n untuk mewujudkan MFL, ramai yang inginkan saya berada di MFL dan saya tidak boleh memegang dua jawatan kerana saya hanya boleh beri komitmen kepada salah satu jawatan itu,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Tunku Ismail mendedahka­n beliau membelanja­kan wang sendiri sebanyak RM12 juta dalam tahun pertama sebagai Presiden FAM selain RM1.4 juta bagi kes saman membabitka­n MP Silva terhadap FAM.

“Saya tinggalkan FAM kerana ada peranan dan misi lebih besar untuk organisasi besar iaitu MFL. Jadi apa yang sudah saya buat untuk FAM adalah kalau kita tengok daripada segi struktur.

“Saya bawa (Pengarah Teknikal FAM) Peter De Roo, struktur jurulatih dan pasukan kebangsaan termasuk hutang FAM. Saya belanja RM12 juta iaitu duit saya sendiri pada tahun pertama di FAM yang mana ketika itu FAM tiada duit.

“Pada masa yang sama kes FAM dengan MP Silva, saya juga selesaikan satu kes di mana FAM akan disaman 1.4 juta pound (RM6.5 juta) dan akhirnya dapat dikurangka­n kepada 300,000 pound (RM1.4 juta) di mana saya juga menggunaka­n duit saya sendiri dahulu untuk selesaikan kerana FAM tiada bajet,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia