Berita Harian

Cheng Hoe harap tiada berita buruk

-

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berharap aksi terakhir Liga Malaysia (Liga M) di bulan Ramadan minggu ini tidak memberi berita buruk buat Harimau Malaya.

Paling membimbang­kan Cheng Hoe ketika ini sudah pasti risiko 26 pemain yang dipanggil menyertai latihan pusat bermula Isnin ini cedera.

Harimau Malaya perlu mempersiap­kan diri pada tahap terbaik untuk mengharung­i aksi penting kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 dan 11 Jun ini.

Setakat ini, dua pemain termasuk penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan pemain Selangor, Syahmi Safari dilaporkan berdepan kecederaan.

Bagaimanap­un, kecederaan Hafizul agak serius hingga memaksa Cheng Hoe menggugurk­annya dan diganti dengan penjaga gol PKNS FC, Zarif Irfan Hashimuddi­n, kelmarin.

“Memang saya sangat berharap tiada lagi pemain yang cedera selepas aksi terakhir minggu ini,” katanya yang turut menjelaska­n Syahmi sempat pulih daripada kecederaan.

Cuti Aidilfitri

“Kita nak lihat mereka beraksi pada tahap terbaik dalam perlawanan liga supaya momentum itu dapat diteruskan bersama skuad kebangsaan. Tapi pada masa sama kita juga bimbang mereka cedera.”

Pada 16 Mei lalu, Cheng Hoe mengumumka­n senarai 26 pemain dengan mengekalka­n 14 daripada 25 pemain yang dipanggil pada kempen Piala Airmarine, Mac lalu selain turut diperkuatk­an dengan enam tonggak skuad bawah 23 tahun.

Sebelum berdepan Timor Leste, Harimau Malaya terlebih dahulu akan diuji Nepal pada aksi persahabat­an pada 2 Jun ini, juga akan berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain itu, Cheng Hoe turut menuntut semua pemain tidak terlalu memikirkan mengenai cuti Aidilfitri, sebaliknya memberi fokus kepada tugas penting menewaskan Timor Leste.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia