Berita Harian

RM57 juta bina PPRT, baik pulih rumah rakyat Sabah

Masih ramai perlu kediaman baharu, peruntukan ditambah tahun depan

- Oleh Recqueal Raimi

Kerajaan Persekutua­n akan menambah jumlah peruntukan bagi membina kediaman Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan membiayai kos membaik pulih rumah golongan miskin di Sabah, tahun depan.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata tahun ini, kerajaan menyediaka­n peruntukan RM57 juta bagi membina 450 rumah PPRT dan membaik pulih 1,740 rumah di negeri ini.

“Sebaik turun padang melihat sendiri keadaan rumah penduduk di beberapa kawasan di sini, saya mendapati masih ramai memerlukan rumah baharu dan saya akan memastikan kerajaan menambah peruntukan pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui BH selepas mengunjung­i rumah PPRT di Kampung Dungang, di sini, sempena lawatan kerjanya ke Sabah, semalam.

Pembinaan rumah PPRT terbabit bermula Februari lalu dan siap sepenuhnya pada awal bulan ini menerusi kerjasama GIATMARA Sabah serta Pejabat Daerah Tuaran.

Rina turut meninjau kerja pembinaan Jalan Telipok - Kiulu - Rondogung, Ranau, sepanjang kira-kira 80 kilometer yang melalui 26 kampung dan memberi manfaat kepada 18,377 penduduk.

Mengulas lanjut, Rina berkata, mulai tahun ini, pembinaan PPRT dilaksana menggunaka­n teknologi Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS) bagi mengurangk­an kos sehingga 18 peratus berbanding konvension­al.

Gembira dapat rumah

Sementara itu, penerima rumah PPRT, Siti Salmawati Karim, 36, dan suami, Normin Jaapar, 40, bersama lima anak mereka berusia setahun hingga 17 tahun, gembira rumah baharu mereka siap dibina dan diserahkan, semalam.

Siti Salmawati berkata, rumah uzur yang didiami mereka sejak 27 tahun lalu tiada sambungan bekalan air dan elektrik, selain atap bocor dan kerap dimasuki air setiap kali hujan lebat.

“Pendapatan suami sebagai kelindan lori tidak mencukupi untuk membaiki rumah sebelum ini. Namun, kediaman PPRT ini memberi kehidupan lebih selesa dengan kemudahan elektrik dan air. Kami bersyukur dapat menyambut Aidilfitri di rumah baharu pada tahun ini,” katanya.

 ?? [ FOTO RECQUEAL RAIMI / BH ] ?? Rina (tiga dari kiri) menyerahka­n replika kunci simbol penyerahan rumah PPRT kepada penerima di Kampung Dungang, semalam.
[ FOTO RECQUEAL RAIMI / BH ] Rina (tiga dari kiri) menyerahka­n replika kunci simbol penyerahan rumah PPRT kepada penerima di Kampung Dungang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia