Berita Harian

500 MPKK baharu ditubuh

-

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri bersetuju mewujudkan 500 lagi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh Sabah sebagai tambahan kepada 2,853 yang sedia ada.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick, berkata terdahulu kementeria­nnya mengesyork­an supaya MPKK baharu ditubuhkan di 500 kampung di negeri ini.

Beliau berkata, jumlah 500 kampung itu adalah berdasarka­n senarai dikemukaka­n Pejabat Daerah seluruh negeri kepada kementeria­n berkenaan.

“Syor itu dibuat berasaskan keperluan sebenar, iaitu satu kampung, satu MPKK, bagi memudahkan urus tadbir pembanguna­n di setiap kampung.

“Selain itu, pentadbira­n daerah di seluruh Sabah kini mencakupi 26 daerah penuh dan 10 daerah kecil, dengan banyak perkampung­an sedia ada bertambah besar serta perkampung­an baharu.

“Selama ini, memang ada berlaku satu MPKK (sebelum ini Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung atau JKKK) mencakupi hingga tiga kampung.

“Sebagai contoh di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, MPKK bagi Kampung Taginambur Jaya mencakupi tiga kampung, iaitu Kampung Taginambur Jaya, Tamalang dan Bukit Bendera. Begitu juga di DUN Moyog, MPKK bagi Kampung Babagon mencakupi Babagon, Timpangoh dan Timpoluon,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, sebagai makluman, penambahan MPKK (JKKK) tidak dibuat sejak 1980an lagi.

Setuju syor kementeria­n

“Oleh itu, sukacita saya memaklumka­n bahawa Kabinet negeri sudah bersetuju dengan syor kementeria­n,” katanya.

Beliau berharap keputusan itu akan dapat memudahkan pentadbira­n pembanguna­n dan hal berkaitan di kesemua 500 kampung terbabit apabila pelantikan sepenuhnya dilaksanak­an nanti.

“Proses pelantikan akan diselarask­an jawatankua­sa diurus setia oleh Pegawai Daerah atau Penolong Pegawai Daerah mengikut tatacara sedia ada yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ewon berkata, Kabinet bersetuju urus tadbir bagi 132 Jawatankua­sa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) di seluruh negeri kini diletakkan bawah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia