Berita Harian

2,496 persatuan berisiko dibatalkan pendaftara­n

Organisasi gagal hantar penyata tahunan kepada ROS Sarawak sejak tahun lalu

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Sebanyak 2,496 persatuan di negeri ini berdepan risiko dibatalkan selepas gagal menghantar penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) Sarawak sejak tahun lalu.

Pengarah ROS Sarawak, Georgina Apphia Ngau, berkata penyata tahunan setiap persatuan berdaftar perlu disediakan dalam tempoh 60 hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunan selaras Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966.

“Secara keseluruha­n, sebanyak 4,687 persatuan di negeri ini berdaftar dengan ROS Sarawak. ROS Sarawak mengingatk­an

persatuan supaya mengambil serius mengenai penghantar­an penyata tahunan walaupun ada yang mengadakan mesyuarat agung tiga tahun sekali.

Semua aktiviti perlu dilapor

“Segala aktiviti tahunan perlu dilaporkan, termasuk nama ahli jawatankua­sa dan pengurusan perbelanja­an, untuk direkodkan. Kegagalan menghantar penyata tahunan boleh menyebabka­n persatuan terbabit dibatalkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat ROS Sarawak di sini, semalam.

Sementara itu, Georgina berkata, persatuan berdaftar bawah kategori sosial dengan subkategor­i penduduk di negeri ini, layak memohon geran komuniti (G-kom) membabitka­n agihan dana maksimum RM10,000.

“Hingga kini, hanya tiga persatuan sudah diluluskan dana itu bawah program G-kom, manakala tujuh hingga lapan permohonan masih dalam pertimbang­an. Justeru, ROS Sarawak mengalu-alukan lebih banyak persatuan berkaitan komuniti memohon untuk pembiayaan aktiviti mereka.

“Permohonan G-kom dibuka sejak 4 Mac lalu dan akan tamat pada 30 September depan. Permohonan boleh dihantar secara dalam talian melalui sistem EROSES di laman: www.eroses.gov.my,” katanya.

 ?? [FOTO MUHD AMIRUL FAIZ AHMAD /BH] ?? Georgina (tengah) menunjukka­n buku perundanga­n pertubuhan pada sidang media di Ibu Pejabat ROS Sarawak, di Kuching semalam.
[FOTO MUHD AMIRUL FAIZ AHMAD /BH] Georgina (tengah) menunjukka­n buku perundanga­n pertubuhan pada sidang media di Ibu Pejabat ROS Sarawak, di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia