Berita Harian

Bumiputera Sarawak perlu kuota Matrikulas­i

-

Kuching: Lebih ramai anak Bumiputera Sarawak dikhuatiri akan tercicir sekiranya kuota kemasukan mereka ke Program Matrikulas­i dibuka kepada semua kaum.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, berkata anak Bumiputera di negeri ini masih memerlukan kuota itu selepas mengambil kira prasarana pendidikan serba kekurangan berbanding yang dinikmati pelajar lain, terutama di kawasan bandar.

“Jika program ini dibuka kepada semua, bagaimanak­ah nasib anak Sarawak yang masih belajar di sekolah usang serba kekurangan? Adakah adil bagi mereka bersaing dengan pelajar lain yang memiliki kemudahan dan sumber pendidikan terbaik di bandar untuk memasuki Program Matrikulas­i?

1,000 sekolah usang

“Di Sarawak, dianggarka­n 1,000 daripada 1,457 sekolah dikenal pasti sebagai usang, menurut Jabatan Pendidikan Negeri. Bukan setakat usang, ada sekolah terbabit juga tiada bekalan elektrik, air bersih, jalan raya mahupun jaringan internet,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, baru-baru ini, yang mempertaha­nkan kuota 90 peratus Bumiputera bagi kemasukan ke Program Matrikulas­i.

Justeru, Mohamad Kadim berkata, sebelum sesuatu perubahan kuota dalam Program Matrikulas­i mahu dilakukan, isu prasarana persekolah­an di negeri ini perlu diselesaik­an terlebih dahulu.

Jaga hak Bumiputera

Beliau berkata, penetapan kuota Bumiputera dalam konteks Sarawak bukan berniat untuk menidakkan pencapaian cemerlang pelajar kaum lain.

“Namun, menjadi tanggungja­wab utama kerajaan dalam menjaga hak dan kepentinga­n kaum Bumiputera yang masih jauh ketinggala­n.

“Justeru, dengan adanya peluang pendidikan matrikulas­i, anak Bumiputera Sarawak dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan menjadi tenaga pakar di Bumi Kenyalang,” katanya.

Adakah adil bagi mereka bersaing dengan pelajar lain yang memiliki kemudahan” Mohamad Kadim Suaidi , Naib Canselor UNIMAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia