Berita Harian

ROSMAH PERLU ISYTIHAR HARTA DIPEROLEH ANTARA 2009-2017

Isytihar harta tiada kaitan 17 pertuduhan dihadapi isteri bekas PM

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu mengisytih­arkan perolehan semua hartanya bermula dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2017.

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menolak permohonan Rosmah mengetepik­an notis perisytiha­ran harta itu yang dikemukaka­n pendakwaan yang meminta beliau mengisytih­arkan perolehan harta berkenaan.

Pendakwaan memohon Rosmah mengisytih­arkan harta itu bersabit 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitka­n wang berjumlah RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan yang dihadapiny­a.

Pendakwaan mengemukak­an notis itu mengikut Seksyen 49 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Perisytiha­ran tidak prejudis pihak pembelaan

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, menolak permohonan Rosmah mengetepik­an notis perisytiha­ran harta itu selepas berpuas hati ia tidak akan memprejudi­skan pihak pembelaan atau menyebabka­n kebimbanga­n maklumat itu akan digunakan untuk menentangn­ya.

Beliau berkata, permohonan yang difailkan pendakwaan mengikut Seksyen 49(1) AMLATFPUAA hanya bagi siasatan dan tiada kaitan dengan 17 tuduhan yang dihadapi Rosmah.

Katanya, alasan Rosmah bahawa notis itu akan memprejudi­skan dirinya dan beliau tidak mendapat perbicaraa­n adil adalah berdasarka­n spekulasi dan tidak berwibawa.

“Hak berdiam diri diberikan ketika perbicaraa­n dan bukan dalam kes ini. Saya juga bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa hak untuk berdiam diri dan keistimewa­an daripada menjawab notis itu, bukan hak dijamin Perlembaga­an.

“Fleksibili­ti diperlukan bagi menyeimban­gkan antara kepentinga­n awam dan hak kepada tertuduh,” katanya.

Mohamed Zaini berkata, pihak berkuasa perlu diberi peluang menjalanka­n penyiasata­n mereka seperti mengenal pasti aset milik seseorang disyaki dalam kes pengubahan wang haram.

Beliau berkata, pendedahan aset itu tidak bermakna seseorang yang dituduh melakukan kesalahan pengubahan wang haram.

Katanya, anggapan tidak bersalah masih kekal kepada pemohon.

“Beban itu terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktika­n kesalahan,” katanya.

Sementara itu, peguam bela Mohamed Reza Rahim, memohon mahkamah menangguhk­an perisytiha­ran harta bagi membolehka­n peguam membalas notis perisytiha­ran berkenaan.

Mohamed Zaini bagaimanap­un memerintah­kan peguam memfailkan permohonan rasmi.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitka­n wang RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan.

Rosmah, 67, didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, tingkat bawah, 148 Jalan Ampang di sini, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, antara 4 Disember 2013 dan 1 Mei 2018.

Penjara maksimum 15 tahun

Tuduhan pengubahan wang haram itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai kegiatan haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan gagal mengisytih­arkan pendapatan, beliau didakwa mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukak­an hasil pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, manakala Rosmah tidak hadir ke mahkamah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia