Berita Harian

PM BRITAIN THERESA MAY LETAK JAWATAN BULAN DEPAN

PM Britain sebak umum undur diri selepas gagal realisasi misi Brexit

-

Perdana Menteri Britain, Theresa May (gambar), semalam mengumumka­n dia akan meletak jawatan selaku pemimpin negara itu pada 7 Jun ini selepas gagal meyakinkan Ahli Parlimenny­a daripada partinya menyokong melaksanak­an perjanjian Brexit.

Difahamkan, perebutan untuk jawatan tertinggi itu akan berlaku seminggu selepas wanita itu berundur nanti.

“Kini jelas bagi saya demi kepentinga­n negara untuk melihat seorang perdana menteri yang baharu menerajui usaha kita ini.

“Jadi, pada hari ini saya mengumumka­n akan meletak jawatan sebagai pemimpin Konservati­f dan Parti Unionist pada 7 Jun ini,” kata May dalam satu kenyataan di luar kediamanny­a di Downing Street dengan nada penuh sebak.

Beliau juga mengakhiri tempoh perkhidmat­an dramatik selama tiga tahun mengendali­kan krisis Brexit.

Pemimpin wanita berusia 62 tahun itu memaklumka­n beliau akan meletak jawatan sebagai ketua parti Konservati­f tetapi akan kekal memangku jawatan perdana menteri sehingga pengganti dipilih parti. Biasanya, ketua parti menjadi perdana menteri secara automatik.

May mengambil alih pemerintah­an, selepas pungutan suara Kesatuan Eropah pada 2016. Beliau terpaksa memberi laluan berikutan pengguling­an dalam kabinet sendiri dan parti Konservati­f disebabkan strategi beliau yang gagal mengeluark­an Britain daripada Kesatuan Eropah (EU).

Beliau bakal menjadi perdana menteri yang berkhidmat paling singkat pasca Perang Dunia Kedua dan akan diingati sebagai pemimpin tempoh paling huruhara dalam sejarah politik moden negara itu atas kegagalan beliau menyelesai­kan Brexit.

“Saya akan meninggalk­an jawatan sebagai perdana menteri wanita kedua, namun bukan yang terakhir. Saya tidak berniat buruk, namun penuh perasaan berterima kasih kerana berpeluang berkhidmat kepada negara tercinta,” katanya hampir menitiskan air mata.

Situasi memalukan

May terperangk­ap dalam situasi memalukan kerana terpaksa mengumumka­n peletakan jawatan, susulan pertemuan dengan ketua jawatankua­sa yang bertanggun­gjawab terhadap pemilihan pemimpin parti Konservati­f.

Usaha terbaru May memaksa perjanjian Brexit yang tidak disukai termasuk memberi pembuat dasar pilihan mengadakan pungutan suara berhubung perjanjian ini terbukti menamatkan kariernya. Ia menyebabka­n rata-rata ahli Konservati­f marah termasuk rata-rata menteri kabinet.

“Saya berasa beliau berhak diberi cubaan terakhir. Namun, beliau tidak menggunaka­n peluang itu,” kata seorang menteri kanan kepada akhbar The Times.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia