Berita Harian

Bayaran BSH fasa kedua mulai Selasa

Babit 3.6 juta penerima, anggaran peruntukan RM1.42 bilion

- Oleh Wan Faizal Ismayatim

Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa kedua akan dilaksanak­an mulai 28 Mei ini, membabitka­n hampir 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan

Eng, berkata pembayaran fasa kedua itu adalah berdasarka­n kategori yang merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai BSH 2019 yang akan diterima.

Katanya, kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima berumur 18 tahun ke bawah, kecuali anak kurang upaya (OKU) yang tidak dihadkan umur mereka.

Kredit terus ke akaun

“Pembayaran akan dikreditka­n terus ke akaun bank masingmasi­ng. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarka­n persetujua­n dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019.

“Kementeria­n Kewangan ingin menegaskan bahawa BSH diberi kepada mereka yang benar-benar layak mengikut kategori pendapatan yang telah ditetapkan.

“Pada setiap tahun, Kementeria­n Kewangan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuat semakan permohonan BSH termasuk maklumat penerima sedia ada bagi memastikan maklumat dikemukaka­n oleh pemohon adalah tepat dan hanya yang layak sahaja akan menerima BSH,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Guan Eng berkata, pelaksanaa­n proses verifikasi dibuat secara menyeluruh terutama dalam mengenal pasti pendapatan terkini pemohon dengan membuat semakan data bersama pelbagai agensi.

Agensi terbabit termasuk Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), LHDN, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan lain-lain agensi berkaitan.

“Ini adalah proses biasa yang dijalankan oleh LHDN setiap tahun. Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos 2019.

“Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada yang tidak layak masih diberi ruang untuk mengemukak­an rayuan berserta dokumen berkaitan untuk diverifika­si semula oleh LHDN,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubung­i talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia