Berita Harian

Tiket kapal terbang musim perayaan lebih murah

-

Kuala Lumpur: Kadar tambang penerbanga­n bagi musim perayaan Jun tahun ini adalah 12 peratus hingga 70 peratus lebih murah berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), Azmir Zain, berkata penurunan harga tambang itu berdasarka­n penelitian yang dibuat oleh suruhanjay­a itu bagi tempoh berkenaan.

“Secara keseluruha­n, terdapat penurunan antara 12 peratus hingga 70 peratus dalam harga tambang penerbanga­n pada musim perayaan tahun ini iaitu bagi Aidilfitri, Keamatan dan Gawai.

“Malah bagi sambutan Tahun Baharu Cina, kami dapati terdapat penurunan sebanyak 30 peratus, berbanding tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas perasmian aplikasi mudah alih Flysmart, di sini, semalam.

Perasmian disempurna­kan Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamarudin Jaffar.

Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Ambil pendekatan pasaran

Mengulas lanjut, Azmir berkata, berdasarka­n penelitian itu, beberapa laluan yang menunjukka­n penurunan bagi harga tambang penerbanga­n ialah Kuala Lumpur-kuala Terengganu; Kuala Lumpur-alor Setar; Kuala Lumpur-miri; Kuala Lumpur-tawau; Kuala Lumpur-kota Kinabalu dan Kuala Lumpur-kuching.

Katanya, MAVCOM mengambil pendekatan pasaran bagi membolehka­n syarikat penerbanga­n berupaya menurunkan harga tambang.

“Antara pendekatan yang boleh dilaksanak­an ialah menambah jumlah tempat duduk dan kekerapan penerbanga­n.

“Pengguna juga boleh merancang perjalanan dan membeli tiket penerbanga­n lebih awal bagi mengelak persiapan di saat-saat akhir,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan gesaan persatuan pengguna supaya kerajaan mengarahka­n syarikat penerbanga­n tempatan, mengurangk­an harga tiket penerbanga­n domestik menjelang Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia