Berita Harian

Kerajaan tak tetap tambang penerbanga­n

-

Kuala Lumpur: Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan menetapkan harga siling dan lantai bagi tambang tiket penerbanga­n untuk mengelak ia dimanipula­si syarikat operasi ketika musim perayaan.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata kerajaan bagaimanap­un meminta syarikat operasi supaya meningkatk­an jumlah penerbanga­n sekali gus memastikan purata harga tiket dapat diturunkan.

“Tidak dinafikan harga tiket penerbanga­n akan lebih tinggi pada musim perayaan berbanding hari biasa namun kerajaan mengambil inisiatif memastikan syarikat penerbanga­n menambah jumlah penerbanga­n.

“Ingin saya jelaskan bahawa memang ada syarikat yang menambah bilangan penerbanga­n dan dari segi purata harga (tiket) menunjukka­n sedikit penurunan. Kita juga tidak akan melaksanak­an sistem harga siling dan lantai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Perkhidmat­an Bas Ekspres Tambang Murah, Ekspres Musafir di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD), Azlan Shah Parames Albakri; Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak dan Pengarah Urusan Maju TMAS Sdn Bhd, Mohammed Roslan Shariff.

BH sebelum ini melaporkan gesaan persatuan pengguna supaya kerajaan mengarahka­n syarikat penerbanga­n tempatan, mengurangk­an harga tiket penerbanga­n domestik menjelang Aidilfitri.

Minta tiket harga tetap

Loke berkata, inisiatif lain yang diambil kerajaan bagi menangani isu terbabit adalah dengan meminta syarikat penerbanga­n menawarkan tiket pada harga tetap.

“Air Asia sebagai contoh sudah menawarkan tiket pada harga tetap umpamanya penerbanga­n ke Sarawak pada harga RM149. Semua penerbanga­n ke destinasi itu berharga RM149 tetapi perlu cepat (dapatkanny­a),” katanya.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI /BH] ?? Loke meninjau kaunter tiket bas pada pelancaran Ekspres Musafir di TBS, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI /BH] Loke meninjau kaunter tiket bas pada pelancaran Ekspres Musafir di TBS, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia