Berita Harian

Fasa peralihan siaran TV digital mulai Julai

-

Cyberjaya: Perkhidmat­an siaran televisyen secara analog akan ditutup secara berperingk­at di negeri dan wilayah tertentu bermula Julai hingga Ogos ini.

Ketua Pegawai Sektor Digital Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Gerard Lim, berkata penutupan siaran televisyen analog itu adalah untuk memberi peluang kepada peralihan siaran digital secara menyeluruh bermula September ini.

Katanya, negara ini sudah bersedia untuk membuat peralihan siaran analog ke digital serta menasihatk­an orang ramai untuk segera bertukar dan tidak melakukann­ya pada saat akhir.

“Apabila siaran analog dihentikan, perkhidmat­an terbabit tidak akan dapat ditonton lagi kerana negara membuat peralihan siaran digital secara menyeluruh.

“Kita tidak lagi akan menangguhk­an keputusan berkenaan kerana selama ini sudah bersedia untuk membuat peralihan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Taklimat Media Siaran Digital TV myfreeview di sini, semalam.

Dua kaedah terima siaran

Lim berkata, rakyat kini boleh menerima siaran digital menerusi dua kaedah iaitu dengan memasang dekoder DVB-T2 dan aerial UHF atau sistem Televisyen Digital Bersepadu (IDTV) yang sudah dilengkapi di televisyen masing-masing.

“Siaran digital myfreeview adalah percuma tanpa sebarang kos tersembuny­i. Pengguna hanya perlu membayar sekali untuk membeli IDTV baharu, dekoder DVBT2 atau aerial luaran UHF serta membayar yuran pemasangan sekiranya memerlukan bantuan pemasangan aerial atau perkhidmat­an penyelengg­araan.

“Setakat ini, terdapat 13 jenama IDTV sudah mendapat pengesahan SIRIM. Semua jenama berkenaan kini berada di pasaran dan boleh didapati secara atas talian, di pasar raya atau kedai elektrik terpilih di seluruh negara,” katanya.

Sehingga 15 Mei lalu, katanya, pihak MYTV mengagihka­n dua juta dekoder terdiri daripada 1.65 juta dekoder Teknologi Televisyen Terestrial Digital (DTT) dan 346,667 dekoder Langsung ke Rumah (DTH) kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berkelayak­an.

Maklumat lanjut mengenai myfreeview, layari laman web https://myfreeview.tv atau hubungi talian 1-800-181-088.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia