Berita Harian

TPM gesa kakitangan awam baiki hubungan dengan rakyat

-

Bukit Mertajam: Kakitangan kerajaan pada semua peringkat perlu saling bekerjasam­a bagi memperbaik­i keadaan dan menambah baik penyampaia­n kepada rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerjasama itu perlu dilakukan bagi mendukung usaha kepimpinan Perdana Menteri untuk memulihkan negara daripada kerosakan yang dilakukan kerajaan terdahulu.

“Sehubungan itu, kita berharap setiap pegawai kerajaan pada semua peringkat, termasuk Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK), semua kita, harus memainkan peranan memastikan sokongan rakyat mendapat memanfaatk­an pelbagai program dan inisiatif yang diusahakan oleh kerajaan.

Selesaikan masalah kos sara hidup

“Kita hari ini, cuba menyelesai­kan masalah kos sara hidup, mengembali­kan prestasi ekonomi negara menjadi

Asia (Harimau baharu Asia) serta memperkuku­hkan keharmonia­n masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Buka Puasa Perdana Bersama Ketuaketua Jabatan dan MPKK di Dewan Besar Politeknik Seberang Perai di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor.

Dr Wan Azizah berkata, kerajaan juga mahu melaksanak­an systemic change atau perubahan secara menyeluruh, tetapi ia menuntut kefahaman, kerjasama dan sokongan semua pihak.

Katanya, ketika ini kerajaan berhadapan kesukaran untuk mengubah sikap dan mentaliti segolongan rakyat yang sudah terbiasa dengan ‘dedak’ dan subsidi daripada kerajaan lama.

“Perkara yang paling sukar adalah untuk mengislah atau mengubah sikap, khususnya sikap segelintir orang Melayu.

“Mereka ini sudah sekian lama disogok dengan mentaliti subsidi sehingga sikap resilience atau ketahanan mereka semakin terhakis,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia