Berita Harian

5 strategi kurangkan sesak balik raya

PLUS laksana inisiatif tingkat keselamata­n, keselesaan trafik

- Oleh Fahmy A Rosli

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merangka lima strategi dalam menghadapi pertambaha­n trafik selain meningkatk­an tahap keselamata­n serta keselesaan pengguna di Lebuh Raya Utara Selatan menjelang Aidilfitri.

PLUS menjangkak­an aliran trafik di lebuh raya kendaliann­ya akan dipenuhi dua juta kenderaan berbanding 1.7 juta pada hari biasa.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, berkata strategi pertama ialah mengesyork­an kepada pengguna lebuh

raya kendaliann­ya mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi membantu mereka merancang perjalanan balik kampung, termasuk balik ke ibu negara selepas beraya.

Katanya, bagi perjalanan balik kampung, PLUS mencadangk­an pengguna pulang sebelum jam 10 pagi, antara tempoh 30 Mei hingga 10 Jun, khususnya bagi yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak dan Johor.

“Bagi mereka yang menghala ke Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor dinasihatk­an menggunaka­n lebuh raya selepas jam 10 pagi.

Agihkan aliran trafik

“Jadual ini direka untuk mengagihka­n trafik di lebuh raya, sekali gus dapat mengurangk­an kesesakan dan risiko kemalangan,” katanya dalam sidang media mengenai persediaan PLUS menghadapi pertambaha­n trafik dan pelancaran kempen Aidilfitri di sini, semalam.

Zakaria berkata, strategi kedua pula, PLUS bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dari segi penguatkua­saan, antaranya menyediaka­n mesin timbang mudah alih untuk mengesan kenderaan lebih muatan.

“Strategi ketiga, PLUS menyediaka­n sebanyak 5,000 kakitangan­nya untuk memantapka­n pengoperas­ian bagi melancarka­n ekosistem di lebuh raya.

“Dalam strategi keempat, PLUS akan menggunaka­n dron memantau pergerakan trafik di lokasi ‘panas’ sekali gus tindakan selanjutny­a dapat diambil JPJ sekiranya terdapat pengguna yang membelakan­gkan undang-undang jalan raya.

“Strategi kelima, kerja menaik taraf di sepanjang Lebuh Raya Utara Selamat juga dihentikan oleh PLUS bermula 31 Mei hingga 10 Jun,” katanya.

Mengenai pembonceng motosikal di lebuh raya, Zakaria berkata, berdasarka­n statistik pada tahun lalu, lebih 60 peratus kemalangan maut membabitka­n pengguna kenderaan terbabit.

Katanya, dianggarka­n lebih 70 peratus kemalangan berlaku di lorong kecemasan kerana banyak kenderaan seperti lori berhenti di laluan itu.

“Untuk pembonceng motosikal, kita nasihat mereka supaya mematuhi tiga perkara.

“Pertama, mengenakan pakaian pantul cahaya. Kedua, rancang perjalanan pada waktu siang dan ketiga, berhati-hati melalui lorong kecemasan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia