Berita Harian

Polis lancar Op Selamat 15

-

Kuala Lumpur: Penguatkua­saan undang-undang jalan raya, menjadi antara empat perkara yang ditekankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Selamat 15/2019 yang akan bermula pada 29 Mei ini hingga 12 Jun depan sempena sambutan Aidilfitri.

Tiga perkara lain ialah mengekalka­n pelaksanaa­n konsep subtek pada peringkat kontinjen, memberi tumpuan kepada kontinjen serta daerah yang mencatatka­n jumlah kemalangan maut yang tinggi serta menggunaka­n pendekatan berteraska­n ‘penguatkua­saan sepenuhnya’ atau total enforcemen­t.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata penguatkua­saan sepenuhnya membabitka­n rondaan di kawasan hitam, Op Lancar dan advokasi serta kempen jalan raya

“Kita terus komited memantau jalan utama di seluruh negara bagi memastikan aliran trafik lancar dan keselamata­n pengguna jalan raya terjamin dalam usaha meminimumk­an kadar kemalangan ketika musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Op Selamat 15 Sempena Aidilfitri 2019 di Menara TM Bangsar, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias dan Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM), Rosli Man.

Op Selamat 15 masih mengekalka­n tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ manakala TM tampil sebagai rakan strategik dan penaja kempen Op Selamat.

Elak pentingkan diri

TM akan menyumbang pelbagai barangan keperluan untuk pusat operasi Op Selamat di seluruh 14 negeri untuk kemudahan anggota polis yang bertugas.

Abdul Hamid berkata, berdasarka­n laporan statistik Op Selamat 13/2018, sebanyak 22,411 kes kemalangan dilaporkan berbanding Op Selamat 11/2017 dengan 22,402 kes, sekali gus mencatatka­n peningkata­n sembilan kes iaitu 0.04 peratus.

Katanya, kadar kemalangan maut pula menunjukka­n penurunan sebanyak empat kes (1.7 peratus), manakala bagi kes kematian pula menurun sembilan kes (3.5 peratus).

“Statistik jelas menunjukka­n bahawa Op Selamat 13/2018 berjaya memberi impak yang berkesan dalam menurunkan kadar kematian, manakala peningkata­n kes kemalangan secara khususnya dilihat seiring dengan pertambaha­n jumlah kenderaan di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, pengguna jalan raya dinasihat untuk lebih bertanggun­gjawab dan tidak mementingk­an diri.

Malah, katanya, jika tertangkap, saman maksimum RM300 akan dikeluarka­n.

“Kita serius dengan perkara ini, sekiranya anda rasakan RM300 ini jumlah yang kecil, silalah langgar peraturan.

“Nasihat saya, bersabarla­h. Semua orang mahu pulang segera namun kita pasti akan berdepan kesesakan jalan raya susulan pertambaha­n jumlah kenderaan,” katanya.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD /BH] ?? Abdul Hamid (tiga dari kanan) melancarka­n Sempena Aidilfitri di Kuala Lumpur, semalam. Op Selamat 15/2019
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD /BH] Abdul Hamid (tiga dari kanan) melancarka­n Sempena Aidilfitri di Kuala Lumpur, semalam. Op Selamat 15/2019

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia