Berita Harian

BH, BHB terus santuni masyarakat

Program rapat ukhuwah 2 syarikat dengan penduduk Kuala Sungai Baru

- Oleh Fairuz Zaidan

Program Semarak Ramadan BH 2019 bersama BIMB Holdings Berhad (BHB) meneruskan acara menyantuni masyarakat di Masjid Al Hassaniah, Kuala Sungai Baru.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BHB, Wan Nor Khairi Wan Samad, berkata ini adalah program kedua BHB untuk Ramadan tahun ini dengan yang pertama membabitka­n warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

(JBPM) di Shah Alam, Selangor.

“Ini adalah tahun kesembilan BHB bekerjasam­a dengan BH bagi menyantuni penduduk setempat khususnya pada Ramadan.

“Lokasi kedua ini dipilih adalah untuk mendekatka­n warga BHB dan warga media dengan penduduk sekitar Kuala Sungai Baru, di sini,” katanya kepada BH di Masjid Al Hassaniah, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Julung kali diadakan

Sementara itu, Naib Pengerusi Masjid Al Hassaniah merangkap Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala Sungai Baru, Abu Kasim Sampul, berkata program kemasyarak­atan itu julung kali diadakan di masjid berkenaan.

“Penduduk di Kuala Sungai Baru cukup terharu apabila BHB bersama BH sudi menyantuni masyarakat kampung dengan pelbagai pengisian program sepanjang hari.

“Antara acara yang disusun adalah penyembeli­han kerbau, memasak bubur lambuk serta juadah berbuka puasa.

“Kita juga menyediaka­n kelas solat dan bimbingan subjek Matematik kepada kanak-kanak di kawasan sekitar,” katanya.

Sementara itu, Pengarang Komersial dan Ehwal Semasa BH, Salina Abdullah, berkata program di Melaka ini adalah program terakhir Semarak Ramadan BH 2019, yang dijayakan bersama rakan strategik.

“Kami mengucapka­n jutaan terima kasih kepada semua rakan strategik yang bersama-sama menjayakan program tahun ini.

“Kami berharap program menyantuni penduduk di seluruh negara ini akan dapat diteruskan tahun depan dan tahun seterusnya,” katanya.

Selain Shah Alam dan Kuala Sungai Baru, Program Semarak Ramadan BH juga dijalankan di Kodiang, Kedah serta Bandar Dato’ Onn dan Larkin Sentral di Johor Bahru, selain Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor.

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] ?? Salina (dua dari kiri) bersama kakitangan BH membuat persiapan Program Semarak Ramadan di Masjid Al Hasaniah, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] Salina (dua dari kiri) bersama kakitangan BH membuat persiapan Program Semarak Ramadan di Masjid Al Hasaniah, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia