Berita Harian

BERNAS agih bubur lambuk resipi 10 negara

-

Kuala Lumpur: Sempena Ramadan, Padiberas Nasional (BERNAS) dengan kerjasama Pasar Seni menyediaka­n 10 periuk bubur lambuk daripada resipi 10 negara pada program Ikhlas BERNAS Bubur Lambuk Antarabang­sa.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporatny­a, Norliza Mat Isa, berkata juadah berkenaan diagihkan kepada 5,000 pengunjung menggunaka­n pelbagai beras yang dijual di pasaran.

Guna beras bermutu

Beliau berkata, aktiviti tanggungja­wab sosial itu disempurna­kan 30 tukang masak terdiri daripada warga BERNAS dan Pasar Seni menggunaka­n beras bermutu.

Katanya, pilihan beras yang digunakan iaitu beras merah, beras perang, beras hitam, beras putih, beras basmati, beras wangi, beras pulut dan beras calrose.

“Pada masa sama, pengunjung diberi penerangan mengenai panduan memilih beras secara sihat mengikut keperluan makanan harian. Lokasi pengagihan di kawasan letak kereta Pasar Seni kerana kedudukann­ya berhampira­n hab pengangkut­an awam seperti laluan transit aliran ringan atau LRT, komuter dan bas.

“Tempat agihan itu juga menjadi tumpuan warga kota dan pelancong asing. Lebih menarik, pelancong asing berpeluang bersamasam­a memasak, seterusnya mengagihka­n bubur lambuk mulai jam 3.30 petang.

“Bubur lambuk sinonim dalam kalangan masyarakat Islam ketika berbuka. Sajian tinggi serat dan protein memberi tenaga tambahan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Bahagian Perancanga­n Strategik BERNAS, Datuk Julainie Mohd Salleh.

Norliza berkata, pihaknya mengharapk­an program ini memberi pengetahua­n kepada orang ramai mengenai kepelbagai­an khasiat beras dalam diet seimbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia