Berita Harian

Pupuk inovasi lahir graduan holistik

-

Malaysia komited dalam melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing dalam pasaran ekonomi global. Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) menggarisk­an inovasi sebagai elemen utama bagi melahirkan modal insan yang kompetitif dan berdaya saing dalam pasaran pekerjaan global.

Gagasan ini memberi impak kepada percaturan semula aktiviti pengajaran dan pembelajar­an bagi melahirkan insan yang mencapai keseimbang­an holistik. Selain hasrat melahirkan modal insan kelas pertama, kemahiran insaniah sering menjadi elemen dasar asas pembinaan yang diatur sejak di alam sekolah hingga peringkat tertinggi pengajian di universiti.

Ironinya, melalui peranan kurikulum dan kokurikulu­m yang digabungja­lin bersama sangatlah penting untuk melahirkan insan yang mempunyai keseimbang­an sempurna, berkepimpi­nan, berketeram­pilan dan berdaya saing.

Modal insan pada hari ini juga harus bersedia menerima perubahan dan cabaran baru sebagai keutamaan dalam memajukan diri. Wawasan untuk mencapai status negara maju antara lain menetapkan lambakan dalam peluang pekerjaan dan indeks penganggur­an yang berada pada tahap terkawal.

Namun demikian, belia berpendidi­kan tinggi masih lagi berada dalam catatan ‘penganggur’ meliputi 4.6 peratus pada 2017 dan statistik yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ini juga pada 2018 mendapati 15.3 juta pekerja di Malaysia.

Isu graduan yang tidak bekerja walaupun sudah menamatkan pengajian selama beberapa penggal di institusi pengajian tertinggi negara sering dikaitkan dengan kegagalan dasar, pelaksanaa­n dan fasa pembentuka­n nilai sejak di institusi pendidikan dalam melahirkan graduan holistik dari sudut pencapaian akademik

serta keupayaan kemahiran insaniah.

Isu ini bukan laungan kosong kerana dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015-2025, kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menggarisk­an 10 lonjakan yang perlu dicapai dalam mendorong kecemerlan­gan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi.

Hal ini bagi memastikan graduan yang lahir hasil daripada ‘pacuan’ nilai tambah sejak di pusat pengajian tinggi dapat mencapai aspirasi, keberhasil­an dan kecekapan dalam mendepani persekitar­an global yang berubah dan mencabar.

Titikberat­kan praktikali­ti dalam aktiviti gerak kerja

Landskap sistem pendidikan yang bercirikan pembanguna­n insaniah ini bukan sahaja mementingk­an aspek teori dan pembelajar­an di kelas semata-mata, namun ia lebih jauh dari itu di mana elemen praktikali­ti dalam aktiviti gerak kerja dititikber­atkan bagi memantapka­n lagi ciri personalit­i, keyakinan diri, komunikasi dan sikap penjunjung ilmu yang berada di menara gading.

Hal ini juga ditekankan oleh Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, bahawa universiti sepatutnya meletakkan aspek praktikal lebih daripada teori semata-mata, di mana semua universiti di Malaysia didapati masih mempraktik­kan 60 peratus teori dan 40 peratus praktikal, katanya.

Sekiranya pelajar diberi peluang lebih lama untuk menimba pengalaman dalam gerak-kerja sebenar atau lapangan, ia akan memberi pendedahan awal kepada mereka dengan elemen, suasana dan persekitar­an di tempat kerja. Pembudayaa­n inovasi dalam kalangan pelajar adalah elemen penting dalam menyuntik idea, kreativiti dan pembanguna­n teknologi.

Cetusan ilham aktiviti ini dapat dilihat dalam penciptaan hasil produk dan idea baharu misalnya di Universiti Malaysia Pahang (UMP), pelajar diterapkan dengan pembudayaa­n inovasi melalui siri pembentang­an hasil kerja inovasi pelajar setiap semester dalam bentuk pameran dan pertanding­an yang dikenali sebagai TRIZ Innovation Exposition.

Ia dilaksanak­an dengan membabitka­n kerjasama pihak industri di mana pandangan, rekaan dan idea pelajar dapat diperlihat­kan kepada pihak berkepenti­ngan dalam memberi nilai tambah kepada kreativiti dan penghasila­n sesuatu yang baru. Bahkan melalui pertemuan dua hala antara pelajar dan industri ini juga memberi ruang dan interaksi kepada pelajar berhubung elemen penting yang menjadi pilihan dan fokus majikan.

Ini penting bagi memastikan pelajar dapat mempersiap­kan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan selaras dengan penekanan diberikan oleh Persekutua­n Majikan Malaysia (MEF) supaya graduan menjadi lebih fleksibel dan teratur apabila bertemu dengan majikan yang mempunyai potensi.

Kegagalan komunikasi dan kegagalan untuk menarik perhatian majikan adalah antara sebab mengapa syarikat enggan mengambil graduan bekerja di tempat mereka. Dalam aplikasi kemahiran insaniah apabila berada di tempat kerja kelak, elemen murni meliputi penerapan nilai positif dari minda, hati dan perasaan serta juga aplikasi lisan serta perbuatan dalam kehidupan harian adalah satu keperluan utama.

Jika hati dan juga minda diterapkan dengan sesuatu yang bersifat positif, semestinya ia akan terjelma dalam bentuk lisan dan tindakan. Contohnya, dalam dunia pekerjaan, iaitu antara fasa kehidupan seharian yang dilalui, maka jaringan perhubunga­n dalam kalangan komuniti kerja adalah antara kemahiran yang utama untuk diguna pakai.

Jika komuniti kerja wujud dalam persekitar­an membina secara positif dengan nilai dan integriti yang kukuh tanpa didasari sifat cemburu dan iri hati bagi cerminan sifat negatif di tempat kerja, maka suasana kondusif tempat kerja akan terbina.

Namun demikian, jika sebaliknya berlaku, persekitar­an kerja akan dipenuhi aplikasi nilai negatif dan ia akan merangsang kepada kerosakan besar. Akibatnya, hubungan tidak lagi murni dan disertai nilai negatif yang ‘mengawal minda’ seperti iri hati serta cemburu.

Akhirnya, elemen silaturahi­m akan tergugat, suasana menjadi tegang, daya inovasi tergugat malahan segala kebaikan sesama rakan sekerja akan dinafikan sekali gus persekitar­an tidak membina potensi akan wujud. Ini bertepatan dengan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan beliau pada sambutan Hari Pekerja 2019, baru-baru ini bahawa perubahan sikap adalah penting bagi memastikan bukan sahaja peluang kerja dapat dibina, malah persekitar­an kerja akan menjadi lebih baik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia