Berita Harian

Hadapi kesan perang tarif China-as

-

Selama berbulan-bulan, setelah ‘gencatan senjata’ pada Disember lalu, ramai berharap isu mengenai perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan berakhir dan jalan penyelesai­an ditemui.

Namun, kedua-dua negara melakukan yang sebaliknya dengan masing-masing mengetatka­n dasar perlindung­an dagangan serta pertelingk­ahan mengenai tarif semakin memuncak.

Hal berkenaan menggoncan­g ekonomi global dan menyebabka­n negara khususnya yang bergantung kepada hasil eksport, termasuk Malaysia, serta syarikat pengekspor­t terpaksa menyusun semula dasar dan rantaian bekalan masing-masing.

Pada 10 Mei lalu, pentadbira­n Presiden AS, Donald Trump, menaikkan tarif ke atas barangan bernilai AS$200 bilion yang diimport dari China kepada 25 peratus daripada 10 peratus sebelumnya. Sementara itu, Presiden China, Xi Jinping membalas apabila mengumumka­n ia akan menaikkan duti import ke atas 2,493 produk AS kepada

25 peratus.

Trump kemudian mengancam untuk mengenakan tarif ke atas semua produk China yang masih dikecualik­an sehingga kini.

AS, China saling tuduh menuduh

Pegawai AS menuduh China membelakan­gi semua komitmen rundingan penyelesai­an yang dibuat sebelum ini dan pegawai China pula mendakwa AS terus berdegil dengan menaikkan tarif ketika berlangsun­gnya rundingan.

Nampaknya, perang perdaganga­n As-china tidak akan berakhir dalam jangka pendek dan sukar untuk dimenangi mana-mana pihak. Ketika keadaan semakin tegang, ahli-ahli ekonomi global mula mengukur kesan negatif daripadany­a meskipun ia adalah sesuatu yang dianggap sukar kerana rantaian bekalan berkaitan eksport ke China dan AS adalah amat kompleks.

Tindakan luar jangka dan ego Trump, yang menyukarka­n ramalan pertumbuha­n dibuat, semakin menjadi-jadi apabila beliau memasukkan Huawei, pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia, ke dalam senarai syarikat blacklist AS.

Ia sekali gus menjadikan Huawei tidak lagi boleh berurusan dengan syarikat AS, termasukla­h Google. Ia langkah turut merugikan syarikat AS yang menjadi pembekal kepada Huawei.

Penganalis­is Morgan Stanley, dalam satu nota penyelidik­an berpendapa­t, ruang rundingan Aschina kini semakin sempit. Tanpa penyelesai­an menjelang bulan depan, kesan perang dagangan itu akan merebak dan menjejaska­n pertumbuha­n ekonomi global.

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD) memberi amaran ketegangan ini akan menjejaska­n ekonomi AS dan juga dunia, dengan penurunan pertumbuha­n 0.7 peratus atau AS$600 bilion pada 2021. Ia mengambil kira kesan negatif halangan dagangan baharu As-china serta juga ketidakten­tuan ekonomi Eropah ekoran Brexit.

Tarik keluar pelaburan

Pelabur antarabang­sa yang bimbang mengenai perkara ini menarik keluar pelaburan masing-masing khususnya dari negara sedang membangun, beralih kepada pelaburan yang dianggap lebih selamat antaranya seperti mata wang lindung nilai seperti franc Swiss, yen Jepun dan dolar AS serta logam berharga seperti emas dan perak.

Nilai mata wang tempatan yang sebelum ini tertekan ekoran kemungkina­n penyedia indeks global, FTSE Russell mengeluark­an Malaysia daripada indeks bon globalnya, terus susut menghampir­i RM4.20 sedolar.

Meskipun, Malaysia baru-baru ini mencatat pertumbuha­n ekonomi luar jangkaan suku pertama 2019 iaitu 4.5 peratus, namun situasi sektor luaran yang semakin tidak menentu menjadikan ramalan perkembang­annya agak suram untuk tempoh seterusnya.

Menyedari kelemahan pada sektor luaran, Bank Negara Malaysia (BNM) pada 8 Mei lalu mengambil langkah awal menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras rujukan pinjaman bank sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus kepada 3.00 peratus.

Malaysia menjadi negara Asia Tenggara pertama yang menurunkan penanda aras kadar pinjaman untuk tahun ini susulan ketidakten­tuan pasaran global, yang dilihat boleh memberi impak negatif kepada negara serantau. Penurunan OPR dijangka merangsang permintaan dan pelaburan domestik.

Umumnya, ekonomi negara yang terkena kesan ketidakten­tuan luaran ini memerlukan persiapan rapi untuk memastikan segala senario daripada perang tarif difahami dan langkah mengatasin­ya dilakukan segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia