Berita Harian

LHDN lawat premis milik warga asing

Pendapatan diperoleh dalam negara boleh dikenakan cukai

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melawat premis perniagaan milik warga asing, termasuk kendalian komuniti Aceh di negara ini, sama ada berlesen atau beroperasi secara haram kerana mereka tidak terkecuali daripada dikenakan cukai pendapatan.

Tindakan percukaian terhadap mereka tertakluk kepada Seksyen 3 Akta Cukai Pendapatan 1967, menetapkan semua pendapatan yang diperoleh di negara ini, dikenakan cukai

yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah, berkata pihaknya akan mengesan peniaga asing itu menerusi Kaedah Lawatan Banci Bisnes (LBB) ke premis dikenal pasti dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen dan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) serta pemeroleha­n maklumat daripada pihak ketiga.

“Jika orang tempatan selaku pemilik perniagaan hanya menerima bayaran atas penggunaan permit atau lesen atau premis oleh warga asing, penerimaan bayaran terbabit juga boleh dikenakan cukai.

“Percukaian di negara ini, tidak mengambil kira taraf kewarganeg­araan atau status perniagaan. Jika warga asing itu hanya pekerja, maka cukai pendapatan dikenakan atas upah yang diterima ( jika ia melepasi tahap cukai), manakala yang menjalanka­n aktiviti perniagaan layak dikenakan cukai atas keuntungan diperoleh,” katanya kepada BH di sini, semalam.

BH kelmarin mendedahka­n lebih 100,000 daripada 500,000 warga Aceh di negara ini dipercayai menguasai sektor peruncitan dan perkhidmat­an dengan sebahagian besarnya di sekitar Lembah Klang.

Belum isytihar cukai

Perniagaan Aceh ini dipercayai dilindungi warga tempatan yang membenarka­n nama mereka digunakan dalam lesen dan mengaku pemilik kedai apabila operasi dilancarka­n pihak berkuasa tempatan, khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sumber berkata, dana komuniti Aceh itu menjadi kukuh susulan pelancaran tabung bencana mangsa tragedi tsunami pada 2004.

Sabin berkata, LHDN menyedari ada dalam kalangan peniaga asing belum mengisytih­arkan cukai pendapatan mereka, malah bilangan yang menjalanka­n perniagaan dan jumlah kerugian kepada kerajaan tidak dapat dipastikan kerana perniagaan dijalankan secara haram.

Beliau berkata, LHDN tidak berkomprom­i dengan sebarang tindakan yang sengaja dilakukan untuk melarikan cukai yang menyebabka­n ketirisan kepada hasil negara.

“LHDN meminta semua pihak yang memiliki maklumat berkenaan pelarian cukai dalam kalangan peniaga ini agar menyalurka­n maklumat ke LHDNM melalui emel pelariancu­kai@hasil.gov.my.

“LHDN turut meminta manamana peniaga yang masih belum membuat pelaporan cukai agar segera mengambil peluang Program Khas Pengakuan Sukarela yang bakal tamat pada 30 September ini.

“Menerusi program ini mereka hanya akan dikenakan penalti yang rendah iaitu 10 peratus dan 15 peratus berbanding penalti lebih tinggi mulai 1 Oktober ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia