Berita Harian

Berkongsi rezeki rahsia kejayaan Jakel

-

Kuala Lumpur: Rahsia kejayaan Kumpulan Jakel sejak penubuhann­ya 35 tahun lalu di negara ini adalah sentiasa berkongsi rezeki dan kegembiraa­n kepada golongan memerlukan.

Menerusi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) sepanjang Ramadan tahun ini, Kumpulan Jakel sudah menyampaik­an sumbangan pakaian kepada golongan kurang upaya, anak yatim, ibu tunggal, golongan asnaf dan warga emas.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel, berkata uniknya program CSR ini, penerima sumbangan diberi peluang memilih sendiri pakaian yang mereka gemari.

Katanya, sumbangan pakaian adalah daripada rekaan terkini dan material berkualiti, sebagaiman­a amalan memberi sedekah berilah yang terbaik dan gembirakan hati orang lain.

Sokongan orang ramai terhadap Jakel antara pemangkin untuk Jakel terus menyumbang kepada golongan memerlukan supaya nikmatnya sama-sama dirasai.

Rasai kemeriahan Aidilfitri

“Alhamdulil­lah, sepanjang bulan puasa ini, sebanyak 600,000 pasang pakaian sudah terjual, lebih separuh daripada sasaran Jakel tahun ini iaitu satu juta pasang pakaian raya untuk dijual.

“Di Jakel Mall sahaja, kira-kira 600,000 pengunjung yang memilih gedung pakaian kami untuk berbelanja. Ini membuktika­n semakin banyak kita memberi, semakin banyak pulanganny­a kepada kita semula.

“Bertepatan dengan tema Jakel Barulah Raya, kami mahu semua penerima merasai kemeriahan menyambut Aidilfitri,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan pakaian kepada 100 kanakkanak autisme yang terpilih daripada Persatuan Ibu Bapa dan Ahli Intervensi (PIBI) di Jakel Mall, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Yang Dipertua PIBI, Dr Aamir Abdullah Abdul Kareem Khadaied, berkata pihaknya memilih 100 kanak-kanak austime daripada 400 kanak-kanak golongan itu yang ditempatka­n di Pusat Genius Kurnia, Sentul.

 ?? [FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] ?? Mohamed Nizam bersama sebahagian anak-anak Genius Kurnia selepas menyampaik­an sumbangan baju raya kepada mereka di Jakel Mall, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] Mohamed Nizam bersama sebahagian anak-anak Genius Kurnia selepas menyampaik­an sumbangan baju raya kepada mereka di Jakel Mall, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia