Berita Harian

Sindiket pemerdagan­gan manusia tumpas

Dalang utama penyeludup­an warga India ke Eropah ditahan

- Oleh Muhammad Apendy Issahak

Sindiket pemerdagan­gan manusia membabitka­n penyeludup­an warga India ke Eropah dari sempadan negara terutama Pengkalan Hulu yang aktif sejak 10 tahun lalu, tumpas dengan tertangkap­nya dalang utama kegiatan itu dalam serbuan pihak berkuasa semalam.

Operasi bersepadu secara besarbesar­an dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia

(AKSEM) serta Imigresen Thailand bermula Isnin lalu hingga kelmarin, dijalankan di beberapa lokasi sekitar Alor Setar dan Baling, Kedah serta Pengkalan Hulu.

Pengarah Imigresen Perak, Kamalludin Ismail, berkata tiga beranak yang menjadi dalang utama sindiket berkenaan ditahan dalam serbuan terakhir kira-kira 1 tengah hari kelmarin di sebuah hotel di Baling membabitka­n lelaki warga India berusia 58 tahun bersama isterinya wanita tempatan berusia 52 tahun serta anak lelaki mereka berusia 19 tahun yang mempunyai pas pemastauti­n.

Tiga polis diberkas

“Yang turut diberkas tiga anggota polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu dan bertugas di Kompleks Imigresen Pengkalan Hulu yang memainkan peranan sebagai pengatur dan pengangkut atau ejen pembawa warga asing keluar ke Thailand.

“Ketiga-tiga mereka diberkas di Pengkalan Hulu pada malam sebelum tiga beranak berkenaan ditahan dan kini diberi jaminan polis untuk membantu siasatan dalam kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak (Siasatan dan Perundanga­n), Superitend­an Datin Seri Halimathon Ahmad, di Ibu Pejabat JIM Perak di sini, pada Khamis malam.

Katanya, operasi selama empat hari itu membabitka­n tangkapan keseluruha­n seramai 51 orang membabitka­n 44 lelaki warga India, seorang wanita warga India, dua lelaki tempatan, seorang wanita tempatan dan tiga anggota polis dalam serbuan di beberapa hotel serta inap desa sekitar Baling dan Pengkalan Hulu.

Pelbagai rampasan

Katanya, pelbagai rampasan juga dibuat termasuk cap palsu, pasport, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu, Pas Khas palsu, telefon bimbit, tiga kereta dan dua motosikal selain wang tunai RM13,750.

“Sindiket ini dipercayai sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu dan ada tangkapan dibuat, namun hanya membabitka­n warga India yang diseludup, manakala dalangnya gagal diberkas kerana sering berpindah dengan menjadikan inap desa atau hotel untuk beroperasi.

“Sejak Disember tahun lalu, Imigresen dengan kerjasama pelbagai agensi lain mula menjalanka­n risikan dan pemantauan terhadap sindiket berkenaan bagi mengenal pasti dalang utama yang akhirnya berjaya diberkas hari ini (semalam).

“Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan pintu sempadan negara di Kedah, Perlis dan Perak untuk menyeludup keluar warga India ke Thailand sebagai negara transit sebelum semuanya dihantar ke negara Eropah dengan bayaran sebanyak RM4,000 hingga RM5,000 seorang.

“Semua warga India berkenaan masuk Malaysia melalui beberapa pintu negara termasuk di Johor dan KLIA yang kemudian ditempatka­n di hotel dan inap desa berhampira­n sempadan Thailand sebelum dibawa keluar oleh anggota polis yang bersubahat dengan sindiket pada waktu pagi ketika masuk bekerja dengan kekerapan dipercayai 15 kali sebulan menggunaka­n kereta sendiri yang kebiasaann­ya tidak diperiksa,” katanya.

 ??  ?? Kamalludin Ismail
Kamalludin Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia