Berita Harian

Yuk Munjung santuni warga tua

ADUN Sungai Kandis teruskan tradisi kongsi juadah

- Oleh Norzamira Che Noh

Dalam meniti perubahan masa dan gaya hidup, banyak tradisi dan kebiasaan dalam masyarakat yang semakin dilupakan, terutama bagi penduduk di kawasan bandar.

Antaranya tradisi dipanggil Yuk Munjung iaitu satu kebiasaan masyarakat Jawa di Selangor apabila juadah yang kebiasaann­ya dihidangka­n pada sambutan Aidilfitri dikongsi dengan saudara yang lebih tua atau individu yang dihormati

pemberi, sehari sebelum hari raya.

Menyedari keunikan tradisi berkenaan, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis semalam berkongsi pengalaman menyediaka­n juadah istimewa Aidilfitri dan berkongsin­ya dengan 30 keluarga di Kampung Jalan Kebun di sini, kelmarin.

Wakil rakyatnya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata juadah Aidilfitri yang disediakan secara rewang oleh beberapa penduduk sekitar kampung berkenaan termasuk ketupat nasi, rendang serta sambal goreng Jawa yang disediakan melalui program Yuk Munjung.

Diamal sejak masih kecil

Mohd Zawawi berkata, budaya Yuk Munjung diamalkan keluargany­a sejak beliau masih kecil dan ia dilakukan pada setiap Ramadan.

“Jika dahulu, kita buat sehari sebelum 1 Syawal jadi orang tua sudah ada makanan untuk dimakan pada hari raya dan tidak perlu bersusah payah untuk memasak.

“Bagaimanap­un, zaman sudah berubah dan kita awalkan kepada seminggu sebelum raya. Kalau yang ingin balik kampung, mereka boleh hantar kepada jiran masingmasi­ng sebagai tanda penghargaa­n dan silaturahi­m,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Yuk Munjung di sini, semalam.

Beliau berkata, budaya berkenaan masih menjadi amalan komuniti Jawa di kampung berkenaan dan apabila orang yang lebih muda memberikan makanan, mereka akan menyampaik­an salam ibu bapa kepada penerima.

Pada program itu, Mohd Zawawi sempat menghantar juadah istimewa itu kepada seorang warga emas yang juga antara penduduk asal kampung berkenaan iaitu Siti Sarah Dollah, 88.

Sementara itu, seorang penduduk, Nor Kayani Kujang, 70, berkata beliau dan rakan-rakan sekampung gembira dapat menjayakan program Yuk Munjung yang diadakan oleh ADUN Sungai Kandis itu.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ?? Mohd Zawawi menyerahka­n juadah tradisi masyarakat Jawa kepada Siti Sarah Dollah, pada Program Yuk Munjung sempena Ramadan di Kampung Kebun, Selangor.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] Mohd Zawawi menyerahka­n juadah tradisi masyarakat Jawa kepada Siti Sarah Dollah, pada Program Yuk Munjung sempena Ramadan di Kampung Kebun, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia