Berita Harian

3 lokasi zon bebas cukai makin lengang

Peniaga di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Bukit Kayu Hitam hadapi dilema

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan, Nor Fazlina Abdul Rahim, Mohd Zulkifli Zainuddin dan Noorazura Abdul Rahman

Kuala Lumpur

ZKeadaan itu menyebabka­n 800 peniaga di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan hampir 200 di Pengkalan Kubor kini dalam dilema memikirkan nasib masa depan mereka.

Tinjauan BH di kedua-dua lokasi itu mendapati, sambutan di Rantau Panjang ternyata berkuranga­n berbanding dua tahun lalu apabila pekan berkenaan kini sunyi walaupun pada hari minggu.

Lebih menyedihka­n, Bazar Siti Fatimah yang mempunyai 280 lot kedai kini lumpuh apabila hanya beberapa kedai beroperasi.

Tiada pendapatan

Di Pengkalan Kubor, keadaan sama berlaku, malah ada peniaga memaklumka­n tidak memperoleh sebarang pendapatan pada hari tertentu.

Masalah itu memaksa kebanyakan peniaga di kedua-dua lokasi hanya beroperasi pada hari minggu dan cuti sekolah.

Pengerusi Persatuan Perniagaan Melayu Rantau Panjang, Ramli Abdullah, 48, berkata kawasan zon bebas cukai kini tidak lagi menjadi lokasi mesti singgah bagi pelancong.

Beliau sehubungan itu menggesa Jabatan Pelanconga­n berusaha menghidupk­an semula kawasan berkenaan yang terkenal dengan pusat beli-belah yang digemari pelancong dan penduduk tempatan.

“Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dan Jabatan Pelanconga­n perlu berbuat sesuatu bagi menangani maPengerus­i Persatuan Perniagaan Melayu Rantau Panjang Peniaga

 ??  ?? Peniaga menunggu pelanggan berikutan tiada sambutan di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.
Peniaga menunggu pelanggan berikutan tiada sambutan di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia