Berita Harian

Bas sekolah ‘tua’ masih selamat?

Penggunaan kenderaan berusia lebih 30 tahun cetus kebimbanga­n

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Selamatkah perjalanan murid untuk ke sekolah jika kerajaan membenarka­n bas berusia lebih 30 tahun terus beroperasi seperti diminta Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia.

Itu persoalan yang timbul berikutan ada kebimbanga­n daripada golongan akademik bahawa bas sekolah yang masih beroperasi selepas lebih 30 tahun boleh mendedahka­n kepada kerosakan, seterusnya menjadi punca kemalangan.

Malah, pemerhatia­n dan kajian akademik mendapati jangka hayat kenderaan di Malaysia, terutama perdaganga­n yang melalui perjalanan jauh sebenarnya hanya sekitar

15 tahun selepas mengambil kira keadaan persekitar­an negara.

Pengarah Pusat Kejurutera­an Automotif Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Madya Dr Abdul Adam Abdullah, berkata kenderaan berusia 15 tahun boleh dikategori­kan agak berusia berdasarka­n persekitar­an di negara seperti kemudahan jalan raya dan cuaca panas serta hujan.

“Kita tidak menggalakk­an kalau kenderaan seperti bas sekolah berusia lebih 30 tahun beroperasi.

“Dibimbangi ia akan membahayak­an, bas sudah lama berisiko mengalami masalah seperti enjin tidak berfungsi dengan baik, kegagalan brek berfungsi, suspensi rosak, pendawaian tidak sempurna dan berlakunya kebocoran elektrik, ia semua adalah punca kemalangan,” katanya ketika dihubungi BH di sini.

Abdul Adam mengulas permohonan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia supaya kerajaan membenarka­n bas sekolah berusia lebih 30 tahun beroperasi bagi membantu ahlinya yang mengalami masalah dari segi kewangan untuk menggantik­an bas baharu yang berharga RM500,000 bagi bas panjang manakala RM150,000 untuk van.

Beliau berkata, isu lain akan timbul adalah kesediaan pengusaha itu untuk mengeluark­an belanja besar untuk penyelengg­araan kerana ia membabitka­n kos tinggi berikutan usia bas yang semakin lanjut.

Kos penyelengg­araan mahal

“Perbelanja­an menyelengg­ara bas sekolah berusia lebih 30 tahun bukannya murah kerana ia mempunyai pelbagai masalah, adakah pengusaha bersedia ke arah itu?

“Bagi saya bas berusia lebih 30 tahun sudah terlalu lama beroperasi, cuma di negara sedang membangun seperti Malaysia kita tiada kemampuan untuk menukar bas setiap 15 tahun seperti di negara maju yang mempunyai modal besar,” katanya.

Katanya, bagi menyelesai­kan masalah ketidakmam­puan untuk menukar bas setiap 15 tahun, pengusaha bas perlu memastikan keadaan bas pada tahap terbaik namun kos menyelengg­ara bas berusia lebih 30 tahun adalah tinggi.

“Kalau kerajaan membenarka­n bas berusia lebih 30 tahun beroperasi dengan syarat ia harus melepasi pemeriksaa­n Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM), kita perlu menyediaka­n satu garis panduan baharu bagi tujuan itu.

“Kena ada piawaian lain untuk kenderaan berusia 20 atau 30 tahun yang lebih menyeluruh bagi memastikan keselamata­n pengguna, contohnya dari aspek kebocoran, karat kenderaan serta tahap persediaan bagi berdepan kecemasan,” katanya.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI /BH] ?? Ahli akademik tidak menggalakk­an kenderaan seperti bas sekolah berusia lebih 30 tahun beroperasi kerana terdedah risiko kemalangan.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI /BH] Ahli akademik tidak menggalakk­an kenderaan seperti bas sekolah berusia lebih 30 tahun beroperasi kerana terdedah risiko kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia