Berita Harian

Pengusaha rayu kerajaan benarkan operasi

-

Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia merayu supaya kerajaan membenarka­n bas sekolah berusia lebih 30 tahun beroperasi walaupun ia dikatakan mendedahka­n kepada risiko kemalangan jalan raya.

Presidenny­a, Mohd Rofik Mohd Yusof, berkata ibu bapa dan murid tidak perlu risau kerana majoriti bas sekolah di negara ini hanya melalui perjalanan pendek iaitu 10 kilometer (km) sehari yang berbeza dengan kenderaan perdaganga­n lain seperti bas ekspres.

“Bas sekolah perjalanan­nya hanya sekitar 10 kilometer (km) dan ia beroperasi empat jam sehari, lima hari dan 20 hari sebulan sahaja, bukan seperti bas ekspres yang bergerak ratusan kilometer setiap hari.

“Ada perbezaan di situ dan bagi kita pemeriksaa­n di Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) serta penyelengg­araan berkala oleh pengusaha sudah memadai, ia membuat pemeriksaa­n dari segenap aspek keselamata­n,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, pihaknya memohon Kementeria­n Pengangkut­an supaya memansuhka­n syarat itu bagi membantu ahlinya yang mengalami masalah dari segi kewangan untuk menggantik­an bas baharu yang berharga RM500,000 bagi bas panjang, manakala RM150,000 untuk van.

Katanya, majoriti bas beroperasi pada masa ini sudah berusia lebih 20 tahun dan pengusahan­ya mengalami kesukaran menukar bas baharu kerana kekangan kewangan yang dibimbangi akan menjejaska­n operasi bas sekolah pada masa depan.

Operasi akan terjejas

“Lebih ramai pengusaha akan menutup operasi dan ia akan memburukka­n masalah kekurangan bas sekolah pada masa ini. Bayangkan di Putrajaya sahaja nisbahnya adalah satu bas sekolah membawa 900 pelajar. Saya percaya perkara seperti ini pun berlaku di kawasan lain.

“Keadaan ini akan menyebabka­n wujudnya pengusaha bas sekolah tidak berlesen atau haram yang cuba dibanteras kerajaan pada masa ini.

“Sebab itu kita minta kerajaan hapuskan syarat had usia bas 30 tahun dan memadai dengan menjalanka­n pemeriksaa­n di PUSPAKOM. Kalau bas boleh beroperasi lagi maka benarkan tetapi kalau tidak lagi sesuai, jangan dibenarkan,” katanya.

Sementara itu, pengusaha bas, R M Selvam, 48, berharap kerajaan dapat mempertimb­angkan rayuan supaya syarat had usia bas 30 tahun dimansuhka­n bagi mengelakka­n mereka mengalami kerugian dan memudahkan urusan permohonan memperbaha­rui permit.

“Syarat sekarang memang membebanka­n dan merugikan, seperti saya yang membeli bas persiaran untuk dijadikan bas sekolah. Bas ini sudah berusia lebih 20 tahun dan masih elok, apa nasibnya selepas 30 tahun.

“Ia mungkin terpaksa dijual ke kedai besi buruk sedangkan keadaannya masih elok,” katanya.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI /BH] ?? Pengusaha memeriksa keadaan bas sekolah sesama mereka ketika ditemui di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI /BH] Pengusaha memeriksa keadaan bas sekolah sesama mereka ketika ditemui di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia