Berita Harian

Suasana santai, rehat di Impiana KLCC

- Oleh Haryani Ngah

Rasai pengalaman indah dan tidak akan dilupai Ramadan ini dengan berbuka puasa di Tonka Bean Café and Deli di Hotel Impiana KLCC yang bertemakan Selera Serantau.

Ada lebih 200 juadah terutama hidangan tradisiona­l. Lebih indah, sambil berbuka puasa halwa telinga anda akan dihidangka­n dengan irama ghazal yang dimainkan secara langsung.

Air zam zam disediakan

Istimewany­a berbuka puasa disini, pengunjung dihidangka­n dengan air zam zam.

Sajian utama, sup gearbox meletop!, kari kepala ikan selatan, nasi briyani gam kambing istimewa, durian dan ais krim Baskin Robbins.

Sajian lain disediakan adalah roti John Impiana, ikan bakar dengan rempah tradisiona­l, kerutub daging, telur itik serati lemak cili padi, ekor pedah berempah, ayam goreng ketumbar istimewa, cheezy pisang abu goreng bersama pelbagai pilihan perasa dan bahan tambahan seperti keju cedar, coklat, susu pekat, madu dan sirap gula Melaka dan banyak lagi.

Menambahka­n lagi sajian adalah di kaunter Khazanah Lautan yang menyediaka­n kerang-kerangan, udang harimau rebus dan kupang hitam.

Di kaunter masakan barat dan China, anda pasti menggemari udang harimau dengan telur masin dan oat, ikan goreng dengan sos cili Thai dan kambing bakar,

Selera Serantau ditawarkan pada harga RM148.00+ untuk seorang dewasa dan RM74.00+ untuk seorang kanak-kanak (berumur 6-12 tahun).

Bufet berbuka puasa bermula dari 5 Mei hingga 4 Jun dari jam 6.30 petang hingga 10 malam.

Diskaun sebanyak 25 peratus akan diberikan bagi tempahan sebelum 4 Mei, dan 20% bagi tempahan dalam tempoh 5-9 Mei dan 30 Mei – 4 Jun. Bagi yang berkumpula­n, setiap 10 tempahan akan mendapat satu percuma. Tawaran ini sah bagi tempahan dari 10 hingga 29 Mei.

Tempahan bufet Selera Serantau Ramadan hubungi 03-2147 1111 (sambungan 3034, 3035) atau emel: ke ramadan.iklcc@impiana.com

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia