Berita Harian

Aroma resepi ibu di hotel Berjaya Times Square

- Oleh Nor Affizar Ibrahim

Sempena Ramadan, hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur penuhi selera makan pengunjung melalui rasa makanan yang dimasak di rumah, sekali gus mengingatk­an resepi ibu yang mana masakan Melayu terbaik akan disajikan tanpa keraguan.

Pengunjung juga akan dilayan oleh hiburan Ghazal untuk membawa suasana indah menikmati berbuka puasa bersama keluarga dan rakan.

Pilihan menu lazat seperti pelbagai jenis kerabu, paru berlada, pedal hati ayam masak cili, tempe, acar buah, acar rampai, pastinya akan membuat anda kecur air liur.

Begitu juga hidangan antarabang­sa, pilihan juga banyak antaranya itik kari Thai hijau, dawood basha (bebola kambing Arab), masala ayam gaya India, sayuran jelfrezi, jejari salmon, salsa timun dengan sos lada benggala merah, stik dengan cendawan dan sebagainya.

Rasai cita rasa masakan ibu

Untuk pengalaman bazar, terdapat pilihan gerai yang menyajikan sajian menyelerak­an. Kari kepala ikan, lempeng pisang kelapa, pisang goreng keju, aneka sup, rendang daging, kambing golek dan lain-lain melengkapk­an lagi cita rasa masakan ibu.

Pemanis mulut pula, termasuk buah-buahan segar, pelbagai kuihmuih Melayu dan aneka pastri, biskut serta kek keju pandan coklat, kkek badam, puding karamel, brownies, agar-agar santan, tart eksotik dan banyak lagi yang semuanya menambat selera.

Bazar Ramadan ini bermula pada 8 Mei hingga 2hb Jun 2019 dari jam 6.30 malam hingga 10.30 malam.

Bagi minggu pertama iaitu 8 Mei hingga 12 Mei 2019, bufet berharga RM118 untuk dewasa dan RM48, kanak-kanak manakala pada 13 Mei hingga 28 Mei 2019, harganya ialah RM128 untuk dewasa manakala kanak-kanak, RM58.

Tetamu boleh menikmati satu hidangan percuma dengan setiap lapan dewasa membayar penuh.

Istimewa Ramadan, terdapat pilihan Nasi Briyani Take Away yang boleh dibungkus dan dibawa pulang dengan pilihan ayam atau daging lembu, disediakan oleh Cef Yusoff.

Gerai nasi briyani akan ditempatka­n di lobi hotel antara jam 5 petang hingga 8 malam dan berharga dari RM10.

Hubungi Big Apple Restaurant di 03-21178000 (sambungan 8133) atau log masuk ke: www.berjayahot­el.com

 ??  ??
 ?? [ FOTO AHMAD IRHAM/ BH] ??
[ FOTO AHMAD IRHAM/ BH]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia