Berita Harian

Syarikat penerbanga­n perlu pamer harga muktamad tiket

Pindaan terbaru MACPC lindungi hak penumpang, hapus caj tersembuny­i

- Oleh Nurhayati Abllah

Syarikat penerbanga­n dikehendak­i mempamerka­n harga muktamad tambang penerbanga­n bagi tujuan pengiklana­n dan ketika pembelian tiket, berkuat kuasa 1 Jun ini.

Syarat berkenaan antara pindaan terbaru bagi Kod Perlindung­an Pengguna Penerbanga­n Malaysia 2016 (MACPC) sebagai

melindungi hak penumpang, sekali gus memberi kesan positif secara langsung kepada pengguna.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), Dr Nungsari Ahmad Radhi, berkata selaras dengan MACPC, syarikat penerbanga­n wajib menzahirka­n harga muktamad tiket penerbanga­n.

“Harga berkenaan turut merangkumi tambang asas termasuk semua caj yang perlu dibayar kepada syarikat penerbanga­n, cukai dan fi yang dikenakan kerajaan; fi dan caj yang ditetapkan di bawah undangunda­ng bertulis serta surcaj bahan api.

“Langkah ini sebenarnya dapat menghapusk­an caj tersembuny­i seperti caj pembayaran kad dan yuran pentadbira­n.

“Caj lain seperti perkhidmat­an tambahan yang dibeli oleh pengguna secara pilih-masuk (opt-in) juga perlu dipaparkan dan dimasukkan ke dalam harga muktamad ketika membuat pembayaran,” katanya pada sidang media selepas perasmian aplikasi mudah alih Flysmart iaitu inisiatif berteraska­n pengguna yang diperkenal­kan MAVCOM, di Kuala Lumpur, semalam.

Dapat maklumat

Flysmart membolehka­n pengguna mendapat maklumat mengenai hak mereka dan membuat aduan melalui pelbagai platform seperti Instagram, Facebook serta laman web Flysmart.

Majlis perasmian disempurna­kan Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamarudin Jaffar.

Selain itu Nungsari berkata, bermula 1 Jun ini, pembayaran balik tiket penerbanga­n perlu diremitkan (dibayar balik) kepada pengguna penerbanga­n dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan bayaran balik berkenaan.

“Ini terpakai bagi tiket penerbanga­n yang dibeli melalui ejen pelanconga­n, di mana syarikat penerbanga­n perlu membuat pembayaran balik kepada ejen terbabit dalam jangka masa sama.

“Pindaan kepada MACPC juga termasuk pembayaran balik bagi caj perkhidmat­an penumpang, cukai, fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang bertulis, tanpa mengira sama ada tiket yang dibeli mempunyai nilai bayaran balik (refundable) atau tidak.

“Syarikat penerbanga­n hanya dibenarkan untuk mengenakan fi pemprosesa­n maksimum sebanyak lima peratus jika tiket yang dibeli tiada nilai bayaran balik (non-refundable),” katanya.

Katanya, pindaan kepada MACPC ini akan memberi perlindung­an lebih baik kepada pengguna penerbanga­n dan secara keseluruha­nnya memperting­katkan tahap perkhidmat­an dalam industri penerbanga­n.

Pindaan penuh MACPC 2019 boleh didapati menerusi halaman perundanga­n di laman web MAVCOM, www.mavcom.my.

 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN / BH ] ?? Nungsari (dua dari kanan) bersama Kamarudin (dua dari kiri) pada perasmian aplikasi mudah alih Flysmart di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN / BH ] Nungsari (dua dari kanan) bersama Kamarudin (dua dari kiri) pada perasmian aplikasi mudah alih Flysmart di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia