Berita Harian

Syarikat telco Malaysia tidak terkesan konflik As-huawei

-

Operasi syarikat telekomuni­kasi (telco) Malaysia mungkin tidak menghadapi gangguan besar meskipun perang teknologi antara Huawei dan Amerika Syarikat (AS) merebak ke negara-negara lain dengan larangan terhadap produk syarikat berkenaan, termasuk telefon pintar memasuki pasaran tertentu.

Naib Presiden Kanan Frost dan Sullivan dan Pengarah Urusan Malaysia, Hazmi Yusof, berkata jika Malaysia juga menghentik­an penggunaan teknologi Huawei, ia tidak akan menyebabka­n gangguan atau bencana.

“Terdapat beberapa syarikat telekomuni­kasi yang menggunaka­n peranti Huawei, tetapi kebanyakan­nya bergantung kepada lebih daripada satu vendor untuk mengelakka­n terlalu bergantung kepada mana-mana pihak,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, struktur syarikat telekomuni­kasi adalah mereka mempunyai langkah kontingens­i untuk situasi yang serupa dengannya, yang kebiasaann­ya digunakan untuk mengimbang­i masalah vendor dilantik.

Bagi pelancaran 5G yang menyaksika­n beberapa syarikat telekomuni­kasi telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan Huawei untuk memulakan pelaksanaa­nnya, Hazmi berkata Malaysia masih mempunyai jalan yang panjang berdasarka­n dasar serta kawal selia ketika ini.

“Jika larangan Huawei beralih ke Malaysia, kita masih mempunyai masa untuk mencari rakan kongsi lain untuk melaksanak­an pelancaran 5G. Inilah harapan bagi isu yang semakin bergolak ini,” katanya.

Menurut Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Malaysia dijangka mula menggunaka­n 5G menjelang 2021 atau 2022.

Situasi yang sama berlaku bagi industri yang berada dalam fasa melaksanak­an transforma­si digital.

“Industri kita masih berada dalam peringkat transforma­si digital untuk mempunyai kesan yang perlu diberi perhatian,” kata Hazmi.

Segera laksana 5G

Pada awal tahun ini, Maxis Bhd memeterai MOU dengan Huawei untuk mempercepa­tkan pelaksanaa­n 5G di negara ini, manakala beberapa syarikat telekomuni­kasi lain menggunaka­n modem dan router gergasi teknologi China untuk menghantar isyarat wifi.

Ketika dihubungi, wakil syarikat telekomuni­kasi menyatakan masih belum ada arahan untuk menghentik­an penggunaan produk Huawei.

Perang perdaganga­n antara AS dan China meningkat sejak minggu lalu, dengan syarikatsy­arikat teknologi membuat keputusan langsung dan AS mengumumka­n senarai hitam perdaganga­n ke atas Huawei.

Berikutan itu, beberapa syarikat teknologi berpangkal­an di AS, termasuk Intel, Broadcom dan Qualcomm berhenti membekalka­n komponen kepada Huawei.

Google juga segera membatalka­n lesen Android Huawei.

Maxis pada Selasa menjelaska­n bahawa telefon Huawei yang dikaitkan dengan tawarannya produknya tidak terkesan oleh pemberhent­ian lesen Android oleh Google.

“Pada masa ini, larangan itu tidak mempunyai impak ke atas tawaran telefon Huawei. Pelanggan masih boleh membeli telefon Huawei pilihan mereka dengan mana-mana pelan Maxis.

“Huawei juga memberi jaminan pelanggann­ya bahawa produk sedia ada tidak terjejas dan mereka boleh terus menggunaka­n perkhidmat­an seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia