Berita Harian

70 peratus tanaman sawit pekebun kecil tiada MSPO

Pemilik kebun diminta dapatkan pensijilan bolehkan ke pasaran antarabang­sa

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Kira-kira 4.095 juta hektar atau 70 peratus tanaman kelapa sawit milik pekebun kecil dan sederhana di negara ini belum mempunyai Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Sehubungan itu, Menteri Industri Utama, Teresa Kok menggesa lebih 600,000 pengusaha berhubung dengan kementeria­n berkenaan bagi memastikan MSPO dapat dilaksanak­an sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

“Kementeria­n Industri Utama (MPI) melipatgan­dakan usaha untuk mengenal pasti pemilik kebun kecil dan sederhana dan meminta mereka memohon MSPO

bagi membolehka­n minyak sawit diterima di pasaran antarabang­sa.

Dapatkan MSPO

“Ia misi sukar kepada MPI memandangk­an kebanyakan kawasan tanaman kelapa sawit dimiliki dan diusahakan oleh individu berbeza. Kita mengharapk­an pemilik menerima mesej kita ini supaya mendapatka­n MSPO,” katanya kepada media selepas mengadakan perjumpaan dengan dewan perniagaan dan persatuan perdaganga­n sempena Kempen Sayangi Sawitku di Putrajaya, semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Industri Utama, Ravi Muthaya.

Kok berkata, daripada 5.85 juta hektar tanaman kelapa sawit, hanya 30 peratus daripada memiliki MSPO, sekali gus terdapat jurang besar dalam usaha memperkema­skan tahap keyakinan pasaran antarabang­sa terhadap kemampanan sawit Malaysia.

Pelbagai inisiatif

“Kita amat berharap dapat mencapai sasaran ini menjelang Januari tahun depan. MPI akan melakukan pelbagai inisiatif dan usaha bagi memastikan sasaran ini tidak dikaji semula.

“Kerajaan menyediaka­n geran RM100 juta untuk pengusaha sawit yang mendapatka­n MSPO dan di bawah dasar ini, kerajaan akan menanggung 100 peratus kos pensijilan MSPO daripada 70 peratus sedia ada bagi pengusaha sawit yang mempunyai saiz penanaman sederhana (40-1,000 hektar),” katanya. Menteri Industri Utama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia