Berita Harian

Sime Darby Property tingkat nilai perbandara­n BUP

Syarikat bangun restoran pandu lalu KFC strategi lonjak pendapatan berulang

- Oleh Nurhayati Abllah

Sime Darby Property Bhd berusaha meningkatk­an tawaran nilai perbandara­n, Bandar Universiti Pagoh (BUP) di Johor dengan membangunk­an restoran pandu lalu KFC iaitu salah satu daripada rangkaian makanan segera terkenal.

Ia adalah hasil kerjasama dengan pengendali restoran makanan segera, QSR Brands (M) Holdings, sekali gus menjadi restoran pandu lalu KFC pertama di BUP.

Ketua Pegawai Operasi Pembanguna­n Pembandara­n Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi Albakri, berkata sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Sime Darby Property akan membina restoran berkenaan dan memasuki perjanjian pajakan jangka panjang bersama QSR Brands.

“Ini selaras dengan strategi

kami untuk menambah nilai pembanguna­n yang sedia ada serta meningkatk­an pendapatan berulang bagi syarikat,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Beliau berkata, BUP adalah perbandara­n unik, disokong oleh hab pendidikan bersepadu pertama negara.

Tingkat nilai perbandara­n

“Kerjasama kami dengan QSR akan meningkatk­an nilai perbandara­n ini melalui penyediaan rangkaian restoran perkhidmat­an pantas popular yang menyediaka­n perhidmata­n kepada kira-kira 10,000 pelajar apabila diduduki sepenuhnya.

“Ini adalah kerjasama pertama yang dijalankan bagi pembanguna­n ini, selain usaha lain yang sedang dalam perancanga­n.

“Kami juga berhasrat untuk menarik lebih banyak aktiviti ekonomi bagi meningkatk­an peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat, selain memacu permintaan terhadap produk kami,” katanya.

Kawasan yang dicadangka­n bagi restoran KFC pandu lalu itu terletak di tanah berkeluasa­n kira-kira 0.36 hektar di kawasan komersial Sarjana Promenade.

Restoran berkenaan dijangka dibuka pada akhir Jun 2020.

BUP adalah perbandara­n 1658.80 hektar yang terletak secara strategik di Muar, Johor, berhampira­n Persimpang­an Pagoh, antara Kuala Lumpur dan Singapura.

 ??  ?? Pemandanga­n dari udara Bandar U
Pemandanga­n dari udara Bandar U

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia