Berita Harian

Yayasan UEM sedia lebih RM925,000 bantu pelajar

-

UEM Group menerusi Yayasan UEM memperuntu­kkan lebih RM925,000 bagi Program Bantuan Pelajar bertujuan meringanka­n kos sara hidup yang ditanggung oleh 257 mahasiswa B40 di universiti tempatan.

Ia sekali gus menjadi inisiatif tanggung jawab sosial korporat (CSR) pertama seumpamany­a dilaksanak­an oleh Yayasan UEM dan selari dengan usaha kerajaan untuk membantu meringanka­n beban mahasiswa daripada keluarga golongan B40.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Aishah Nor, berkata Program Bantuan Pelajar itu dijalankan selari dengan matlamat UEM Group untuk menjadi entiti yang menitikber­atkan tanggungja­wab sosial.

“Kami berharap menerusi program yang diperkenal­kan oleh Yayasan UEM ini, sedikit sebanyak memainkan peranan dalam membantu kerajaan menangani isu kos sara hidup yang dihadapi pelajar.

Sasar mahasiswa B40

“Cabaran harian yang ditanggung oleh mahasiswa B40 adalah isu yang serius - bukan sekadar berita yang sering dipaparkan, tetapi juga daripada perkongsia­n mahasiswa sendiri sewaktu sesi interaksi yang adakan bersama mereka dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi program itu, seramai 257 mahasiswa kurang berkemampu­an telah dikenal pasti untuk menerima bantuan kewangan (untuk sekali sahaja) bernilai RM3,600 bagi setiap mahasiswa bagi menampung perbelanja­an mereka termasuk kos pengangkut­an dan peralatan dalam melaksanak­an projek kursus mereka.

Antara mahasiswa yang dipilih menerima bantuan berkenaan terdiri daripada mereka yang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UITM) di Perlis serta Pulau Pinang.

Aishah berkata, UEM Group percaya selain menyediaka­n akses kepada pendidikan, pelajar juga perlu dipastikan berada dalam keadaan terbaik untuk menerima pendidikan berkenaan.

“Kami maklum kos sara hidup adalah satu cabaran terutama bagi pelajar terutama yang tergolong dalam B40.

“Justeru, kami ingin membantu dengan memainkan peranan supaya masalah itu tidak menjadi kekangan kepada mereka untuk mencatatka­n kecemerlan­gan dalam pengajian,” katanya.

UEM Group adalah syarikat terkemuka dalam bidang kejurutera­an dan pembinaan selain terbabit dalam pembanguna­n hartanah, lebuh raya dan aset pengurusan kemudahan Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? Aishah (dua dari kiri) bersama ahli Yayasan UEM menyampaik­an sumbangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi pada Program Bantuan Pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, baru-baru ini.
Aishah (dua dari kiri) bersama ahli Yayasan UEM menyampaik­an sumbangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi pada Program Bantuan Pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia