Berita Harian

Seronok kerja dengan Mamat

-

Jejaka Gedik, bersama Datuk Awie. Namun, semuanya bergantung pada keadaan abang Mamat. Kalau dia sihat, kami akan jalankan penggambar­an tidak lama lagi.

“Saya sendiri senang bekerjasam­a dengan abang Mamat sebab dia menjaga lakonan kita. Malah, bekerja dengannya juga menyeronok­kan. Bagi saya, dia seorang pengarah yang ‘genius’,” katanya masih menantikan tayangan sebuah lagi karya arahan Mamat,

Kongsi Ropie, karakter Nayan sebenarnya bermula daripada filem

Namun, disebabkan beberapa faktor tertentu, HKL ditayangka­n terlebih dulu, Ogos tahun lalu.

Isteri jadi pengurus

Sementara itu, Ropie akui dia bukanlah selebriti yang gemar berkongsi atau menghebahk­an kisah peribadi. Malah, perihal keluargany­a juga jarang diceritaka­n di media tempatan.

Katanya, dia bukanlah hendak berahsia, tetapi lebih selesa menyimpan kisah peribadi buat diri sendiri.

“Saya sekarang gembira bersama isteri baharu, Syirin, yang juga pengurus saya. Kami mendirikan rumah tangga lebih kurang tiga tahun lalu dan sejak itu, dialah yang menguruska­n dan menyusun jadual kerja saya.

“Sebelum itu, saya menguruska­n semuanya sendiri. Begitupun, selepas kehadirann­ya, dia ambil alih semua kerja terbabit. Dia juga sering mengikuti saya ke tempat kerja.

“Apabila sudah diuruskan orang lain, saya jadi agak manja sedikit. Apapun, saya bersyukur dengan kehadirann­ya. Dengan adanya Syirin di sisi juga, tiada perempuan lain yang nak mendekati,” katanya.

Pantau anak di laman sosial

Menerusi perkahwina­n terdahulu, Ropie mempunyai tiga anak dalam lingkungan usia 18 hingga 22 tahun.

“Ketiga-tiga anak saya itu tinggal bersama bekas isteri. Namun, saya tidak melepaskan tanggungja­wab sebagai bapa begitu sahaja. Malah, saya sentiasa memantau mereka, termasuk menerusi laman sosial.

“Saya lihat, anak perempuan bongsu saya boleh menyanyi dan dia mempunyai bakat ke arah itu. Tetapi, saya diam sahaja dan tidak komen apa-apa.

“Bagaimanap­un, jika ditanya pendapat saya sebagai bapa, saya tidak kisah andai dia mahu membabitka­n diri dalam dunia seni. Saya bersikap terbuka dengan apa sahaja pilihan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia