Berita Harian

Memilih hero, pelakon wanita kena tendang

- Bersama Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

rajamawar@bh.com.my

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 39, sudah mengenal pasti identiti individu yang juga pengendali laman sosial didakwa memfitnah dirinya.

Menerusi laman sosial berkenaan, pemilik akaun berbentuk gosip itu dikatakan menuduhnya melakukan maksiat bersama seorang wanita hingga ditangkap khalwat di Pulau Redang, Terengganu, bulan lalu.

Pengendali­nya turut meletakkan gambar Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia, ketika menerima darjah kebesaran mengiringi perkongsia­n berkenaan.

Selepas hampir sebulan pihak terbabit dikatakan masih berdegil dan enggan bersemuka, biarpun laporan polis sudah dibuat, akhirnya Fizz menemui kebenaran.

Sudah beri masa

Dengan bantuan pihak berkuasa, pelakon drama

itu sudah mengenal pasti identiti individu yang didakwa memfitnahn­ya.

“Ya, saya sudah kenal pasti identiti pemilik akaun berkenaan! Nama, nombor kad pengenalan, syarikat yang didaftar atas namanya dan alamat sudah diperoleh. Polis hanya menunggu masa untuk menahannya. Jangan salahkan saya jika polis terus memburu.

“Jangan cakap kejam jika kena cekup dan dibawa ke balai dengan tangan bergari. Saya sudah memberikan masa secukupnya untuk tampil memohon maaf dan bersemuka dengan saya.

“Apa yang dapat dikatakan, saya kenal pemilik laman sosial terbabit walaupun menggunaka­n nama samaran. Dia seorang blogger,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Tolak sekadar berlawak

Fizz berkata, dia diberitahu oleh peminat, akaun laman sosial yang kini ditukar kepada nama kononnya lebih Islamik itu ada memuat naik status mengutuk artis dengan perkataan tidak sepatutnya.

Kononnya, dia sekadar berlawak apabila berkongsi isu tangkap khalwat yang menyertaka­n gambarnya.

“Isu tangkap khalwat boleh buat main-main ke? Memfitnah itu besar dosanya. Saya sudah ada isteri, anak-anak, keluarga dan mentua... Mana nak letak muka?

“Selepas sesuka hati memfitnah saya membuat maksiat, boleh pula cakap hanya berlawak? Di mana akal dan kewarasan fikirannya?” katanya.

Sabarlah Fizz! Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran buat pemilik blog.

 ??  ?? Kasih Nur RAJA: Sikap berlagak pelakon yang menjadi kegilaan ramai semakin menjadi-jadi hinggakan ada beberapa produser mula meluat dengannya.
Kasih Nur RAJA: Sikap berlagak pelakon yang menjadi kegilaan ramai semakin menjadi-jadi hinggakan ada beberapa produser mula meluat dengannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia