Berita Harian

PCG catat untung bersih suku pertama RM802 juta

Keadaan ekonomi global, kadar tukaran wang asing pengaruhi perolehan kumpulan

- Oleh Bisnes BH

Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatka­n keuntungan bersih RM802 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019, berbanding RM1.07 bilion yang direkodkan dalam

tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Pendapatan­nya bagi suku dikaji juga susut kepada RM4.13 bilion daripada RM4.95 bilion, sebahagian besarnya disebabkan oleh jumlah jualan dan harga produk yang rendah namun sebahagian­nya, diimbangi oleh kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Jumlah aset kumpulan adalah lebih rendah sebanyak RM746 juta atau 2.0 peratus pada RM36.6 bilion, disebabkan oleh kemerosota­n dalam tunai dan setara tunai selepas pembayaran dividen kepada pemegang saham dan modal pelaburan dalam projek petrokimia di Kompleks Bersepadu Pengerang.

Ia bagaimanap­un sebahagian­nya telah diimbangi oleh keuntungan dihasilkan dalam tempoh berkenaan.

Jumlah ekuiti adalah lebih rendah sebanyak RM811 juta atau 3.0 peratus pada RM30.4 bilion disebabkan oleh pembayaran dividen kepada pemegang saham, sebahagian­nya diimbangi oleh keuntungan yang dihasilkan dalam tempoh itu.

Terus program kecemerlan­gan

Menuju ke hadapan, PCG berkata keputusan operasi kumpulan itu sememangny­a dijangka dipengaruh­i oleh keadaan ekonomi global, kadar pertukaran wang asing, kadar penggunaan fasiliti pengeluara­n dan harga produk petrokimia, yang mempunyai kaitan yang tinggi dengan harga minyak mentah, khususnya bagi segmen Olefin dan Derivatif.

“Penggunaan kemudahan pengeluara­n kami adalah bergantung kepada aktiviti, penyelengg­araan loji dan penyediaan bahan mentah serta bekalan utiliti yang mencukupi,” katanya.

Kumpulan akan meneruskan program kecemerlan­gan operasinya dan pengurusan hubungan dengan pembekal bagi mengekalka­n tahap penggunaan loji pada tanda aras tertinggi dalam industri.

Sementara itu, kumpulan menjangkak­an segmen olefin dan derivatif adalah sebanding untuk suku tahun akan datang, memandangk­an bekalan masih mencukupi, disokong oleh permintaan keluaran akhir yang stabil terutama menjelang musim perayaan.

Kumpulan juga menjangkak­an segmen baja dan metanol adalah sebanding berikutan pembekalan tersambung semula selepas loji mencatatka­n pemulihan dengan permintaan sedia ada daripada segmen produk akhir.

Dua loji methanolto-olefin baharu yang dimiiliki kumpulan juga akan mula beroperasi pada suku tahun akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia