Berita Harian

Watsons lancar kempen hari raya

-

Rangkaian penjagaan kecantikan dan kesihatan terbesar di Asia, Watsons Personal Care Stores, melancarka­n kempen raya ‘Ada Hati, Raya Menjadi-jadi’ sebagai menghargai kesetiaan pelanggann­ya.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, berkata melalui kempen ini pihaknya berharap dapat menyebarka­n keceriaan hari raya kepada pelanggan untuk membeli produk rangkaian kedai itu pada harga istimewa.

Tambahnya, melalui kempen itu juga, pihaknya mendermaka­n pelbagai barangan jenama Watsons bernilai RM100,000 kepada 30 rumah kebajikan di seluruh Malaysia serta menggalakk­an orang ramai supaya menjadi lebih prihatin serta menghulurk­an bantuan kepada yang memerlukan.

“Kami mengambil peluang memberi sumbangan ini bukan sahaja kepada pelanggan setia Watsons, tetapi juga kepada masyarakat supaya dapat beraya dengan penuh keceriaan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa di Kuala Lumpur.

Pada majlis yang sama, Watsons turut melancarka­n video raya istimewa berjudul ‘Ada Hati, Raya Menjadi-jadi’ yang menampilka­n Ayda Jebat sebagai duta Watsons.

Loh berkata, video itu membawa mesej tiada apa yang lebih bermakna berbanding meraikan hari gembira bersama-sama keluarga dan Watsons menawarkan semua keperluan untuk menyambut Hari Lebaran tidak lama lagi.

Bersempena Aidilifitr­i ini juga, pelanggan Watsons boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa seperti berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM1 juta dengan menyertai peraduan ‘Ada Kad Watsons, Ganjaran Menjadi-jadi’ dan potongan harga sehingga 50 peratus.

Pelanggan yang mahu maklumat lanjut diminta layari www. watsons.com.my.

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ?? Dari kiri, Ayda Jebat dan Pengarah Pelanggan Watsons, Danny Hoh pada pelancaran video raya istimewa ‘Ada Hati, Raya Menjadi-jadi’ si Kuala Lumpur.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] Dari kiri, Ayda Jebat dan Pengarah Pelanggan Watsons, Danny Hoh pada pelancaran video raya istimewa ‘Ada Hati, Raya Menjadi-jadi’ si Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia