Berita Harian

MATTA gabung peserta industri pelanconga­n menerusi digital

Platform bolehkan pemilik hotel pasar khidmat, produk dalam talian

- Oleh Suffian A Bakar

Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) menjangkak­an antara 300 hingga 500 pemilik hotel akan menyertai mattab2b.com.my, platform digital pertama yang dibangunka­n khusus bagi tujuan pengedaran dan tempahan untuk peserta industri pelanconga­n.

Presidenny­a, Datuk Tan Kok Liang, berkata selain sebagai tempat untuk memasarkan perkhidmat­an dan produk secara dalam talian, platform perniagaan-kepada-perniagaan (b2b) itu

juga berfungsi sebagai penyelaras inventori dan turut menyokong pelbagai subsektor berkait pelanconga­n demi kepentinga­n industri pelanconga­n tempatan.

Beliau berkata, sebab utama lain platform itu diperkenal­kan ialah ia bertujuan memberi sokongan kepada ejen pelanconga­n tradisiona­l dan pemilik hotel daripada cengkaman ejen pelanconga­n dalam talian (OTA), kebanyakan­nya berpangkal­an di luar negara, yang mengenakan caj yang keterlalua­n antara 12 peratus hingga 25 peratus, sekali gus menekan pengusaha hotel tempatan.

“Platform interaktif ini akan memberikan tulang belakang teknologi yang lebih baik untuk menyokong produk dan perkhidmat­an pelanconga­n Malaysia, yang menawarkan sokongan digital bersepadu lebih meluas kepada pemain industri, sekali gus membantu meningkatk­an potensi jualan dan pendapatan masingmasi­ng,” katanya.

Sokongan industri

Beliau berkata demikian pada majlis pengenalan platform itu di Kuala Lumpur, semalam.

Kok Liang berkata, selain pemilik hotel, pihaknya menjangka beberapa peserta lain akan menyertai platform itu tahun ini termasuk rakan pengembara dan pengendali taman tema dengan sasaran akhir semua peserta industri daripada syarikat penerbanga­n hinggalah kepada pengendali acara akan dikait hubung dalam platform itu.

OTA adalah syarikat dalam talian yang laman webnya membolehka­n pengguna menempah pelbagai perkhidmat­an berkaitan perjalanan langsung melalui Internet. Ia berasaskan perniagaan­kepada-pelanggan (b2c).

“Sokongan daripada pemain industri penting bagi MATTA memandangk­an kami mahu mengembang­kan pengaruh dan capaian kami merentasi saluran industri dan pihak berkepenti­ngan yang mempengaru­hi pelancong untuk datang melawat Malaysia,” katanya.

 ??  ?? Tan Kok Liang
Tan Kok Liang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia