Berita Harian

ARCHIDEX 2019 sasar 35,000 pengunjung

-

Pameran Bangunan dan Rekaan Dalaman (ARCHIDEX 2019) menyasarka­n lebih 35,000 pengunjung yang terdiri daripada profesiona­l dan peserta industri dari lebih 70 negara untuk edisi tahun ini.

Pameran yang dianjurkan secara bersama oleh penganjur pameran gaya hidup, C.I.S Network Sdn Bhd (C.I.S) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) itu bermula pada 3 Julai hingga 6 Julai depan.

Presiden C.I.S, Datuk Vincent Lim, berkata tahun ini adalah tahun ke-20 penganjura­n pameran yang akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Pameran tahun ini dianjurkan pada skala lebih besar berbanding tahun sebelumnya dengan penggunaan 10 dewan dengan jumlah keseluruha­n ruang lantai sebanyak 24,000 meter persegi.

“Jumlah itu adalah mewakiki peningkata­n ruang sebanyak 20 peratus yang akan menempatka­n seramai 600 pempamer tempatan dan antarabang­sa dengan lebih 1,400 gerai jualan secara keseluruha­n.

“ARCHIDEX kini sudah dikenali sebagai platform pasaran khusus bagi industri bangunan dan juga dianggap sebagai pintu gerbang untuk meneroka pasaran Asia Tenggara,” katanya pada sidang media ARCHIDEX 2019 di Kuala Lumpur.

Pameran antarabang­sa

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden PAM, Ar. Lilian Tay dan Pengarah Festival Seni Bina Kuala Lumpur (KLAF), Ar. Dr Tan Loke Mun.

Selain pempamer tempatan, pameran itu juga disertai pempamer antarabang­sa antaranya dari China, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

Mengulas lanjut, Lim berkata ARCHIDEX juga menjadi platform yang bukan hanya untuk mengumpulk­an rangkaian peserta industri serantau, malah menjadi tempat untuk mereka menambah pengetahua­n dan kepakaran industri.

“Sehubungan itu, kami mengalu-alukan arkitek tempatan dari negeri lain serta negara lain untuk turut sama menghadiri pameran ini.

“Selain pengunjung, kami juga menyasar lebih 2,800 pembeli dagang hadir untuk mencari sumber bagi produk canggih serta pengetahua­n yang baharu,” katanya.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB/BH] ?? Dari kiri, Tay, Lim dan Loke Mun pada sidang media ARCHIDEX 2019 di Kuala Lumpur.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB/BH] Dari kiri, Tay, Lim dan Loke Mun pada sidang media ARCHIDEX 2019 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia