Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak berlegar sekitar satu peratus pada Jumaat namun dalam jejak untuk mencatat kerugian terbesar mingguanny­a tahun ini selepas inventori semakin penuh dan kebimbanga­n terhadap kelembapan ekonomi bakal memacu kejatuhan besar minggu ini.

Dagangan hadapan minyak mentah didagangka­n pada AS$68.48 satu tong pada 0654 GMT, naik 72 sen atau 1.1 peratus daripada paras ditutup dengan harga disokong oleh penguranga­n bekalan OPEC dan ketegangan di Asia Barat.

Dagangan hadapan WTI naik 66 sen atau 1.1 peratus kepada AS$58.57 satu tong.

“Walaupun berlaku penurunan besar kepada harga Brent, lengkungan dagangan hadapan menyaksika­n ia pergerakan ke belakang minggu ini,“kata Penganalis­is Bank Pelaburan, Jefferies.

Ahli OPEC sudah melaksanak­an pemotongan sejak tahun ini dengan menyasarka­n mengetatka­n lagi pembekalan bagi menolak tinggi harga.

ANZ berkata sekatan AS terhadap Iran dan Venezuela

kelihatann­ya akan mengurangk­an lagi eksport minyak OPEC, dengan kedua-duanya adalah ahli OPEC.

Namun harga bahan api itu mengukuh tanpa sebarang kenaikan besar pada awal minggu meletakkan harga dagangan hadapan minyak dalam laluan yang tepat untuk menyaksika­n kerugian mingguan terbesar tahun ini, dengan Brent dijangka akan mencatatka­n penurunan lebih lima peratus.

“Harga Brent turun disebabkan kebimbanga­n hubungan dagangan As-china,“kata pegawai Bank Jefferies.

Daripada pertengaha­n minggu, kenaikan inventori minyak AS mula menyaksika­n tekanan kepada harga.

“Kenaikan inventori minyak mentah dan kejatuhan aktiviti pengilanga­n AS memuncakka­n lagi kebimbanga­n terhadap pertumbuha­n ekonomi global,“Ketua Strategi Pemasaran CMC Markets, Michael Mccarthy, di Australia.

Beliau menyasarka­n WTI didagangka­n di bawah AS$60 satu tong dan Brent di bawah AS$70 satu tong.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia