Berita Harian

FBM KLCI susut 3.55 mata

Sentimen pasaran lemah dipengaruh­i ketegangan perdaganga­n AS, China

-

1,606.85 sepanjang semalam.

Kelebaran pasaran adalah negatif selepas kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 449 berbanding 342 dengan 358 kaunter tidak berubah, 748 tidak diniagakan dan 24 lagi digantung.

Jumlah dagangan menurun kepada 1.89 bilion unit bernilai RM1.54 bilion daripada 2.37 bilion unit bernilai RM2.11 bilion yang dicatatkan semasa Khamis.

Peniaga berkata kebanyakan pasaran saham Asia Tenggara terjejas selepas Presiden Donald Trump berkata bahawa sikap pentadbira­n beliau yang kritikal terhadap Huawei Technologi­es mungkin boleh diselesaik­an dalam rangka kerja perjanjian perdaganga­n China-as, dan pada masa sama melabel gergasi telekomuni­kasi China itu sebagai ‚sangat berbahaya‘.

Krisis dijangka berpanjang­an

“Pasaran Asia dijangka mengambil satu lagi langkah kembali semalam memandangk­an pelabur sedang mengkaji semula kedudukan pasaran mereka di tengah-tengah perang perdaganga­n As-china yang berpotensi untuk terus berpanjang­an,” katanya.

Pada minggu lalu, Washington menyenarai­hitamkan Huawei, langkah yang menyebabka­n syarikat-syarikat AS tidak lagi boleh menjual produk mereka kepada gergasi telekomuni­kasi itu.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank rugi tiga sen kepada RM8.99 dan TNB jatuh 12 sen kepada RM11.54, manakala CIMB tidak berubah pada RM5.15.

Public Bank naik dua sen kepada RM22.52 dan Petronas Chemicals melonjak 12 sen kepada RM8.75.

Di kalangan saham aktif, Vortex hilang dua sen kepada 25 sen, Impiana tergelinci­r setengah sen kepada 3.5 sen dan Sapura Energy susut satu sen kepada 29 sen.

Lambo menokok setengah sen kepada sen enam dan Dayang menambah tiga sen kepada 92 sen.

Indeks FBM Emas hilang 21.811 mata kepada 11,187.92, FBMT 100 adalah 22.591 mata lebih rendah pada 11,041.81 dan FBM 70 jatuh 20.04 mata kepada 13,549.53.

Indeks FBM Emas Syariah menurun 16.78 mata kepada 11,315.5 tetapi Indeks FBM Ace meningkat 0.1 mata kepada 4,289.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan menurun 18.76 mata kepada 16,534.56, Indeks Perladanga­n susut 20.33 mata kepada 6,817.09 serta Indeks Perkhidmat­an dan Produk Perindustr­ian 0.59 mata lebih rendah kepada 162.01.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menurun kepada 1.15.3 bilion saham bernilai RM1.4 bilion dari 1.51 bilion saham bernilai RM1.92 bilion yang dicatatkan semalam.

Jumlah dagangan waran menurun kepada 325.73 juta unit bernilai RM86.13 juta daripada 444.03 juta unit bernilai RM120.49 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE mengecut kepada 413.68 juta saham bernilai 62.98 juta daripada 420.55 juta saham bernilai RM70.87 juta yang dicatatkan sebelum ini.

Produk pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 237.6 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an perindustr­ian (155.17 juta), pembinaan (133.04 juta), teknologi (90.21 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (34.08 juta), hartanah (122.79 juta), perladanga­n (13.97 juta), REIT (3,95 juta), dana tertutup (2,600), tenaga (276.96 juta), penjagaan kesihatan (24.95 juta), telekomuni­kasi dan media (19.49 juta), pengangkut­an serta logistik (21.79 juta) dan utiliti (18,99 juta).

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia