Berita Harian

Krisis kuasa besar ekonomi dunia cetus kebimbanga­n

-

memburukka­n keadaan dengan pertelingk­ahan dalam rundingan tarif ditambah lagi krisis Huawei tidak menunjukka­n tanda-tanda reda.

Bahkan, pelabur turut dikejutkan dengan data ekonomi yang semakin lemah di Eropah dan Amerika Syarikat yang menguatkan lagi kebimbanga­n terhadap kelembapan ekonomi global.

IMF turut mengeluark­an ama n perang dagangan antara kedua-dua kuasa besar itu berisiko menjejaska­n pertumbuha­n 2019.

“Perang dagangan akan merencatka­n pertumbuha­n di keduadua negara AS dan China, tiada kesangsian perkara itu akan berlaku,” Pengasas Sri-kumar Global Strategies, Komal Sri-kumar, kepada Bloomberg TV.

“Perang dagangan kini memasuki dimensi baharu.”

Selepas pukulan Khamis lalu yang menyaksika­n firma tenaga dan teknologi menerima impak paling teruk pasaran Asia terus bergelut semalam.

Tokyo ditutup 0.2 peratus lebih rendah, Sydney rugi 0.6 peratus dan Seoul jatuh 0.7 peratus. Singapura dan Wellington jatuh 0.4 peratus dan Manila rugi 0.7 peratus.

Hong Kong naik 0.4 peratus pada tengah hari Shanghai masih berlegar pada margin yang lebih tinggi.

Mumbai naik 0.9 peratus, Taipei dan Singapore meningkat 0.2 peratus, Jakarta dan Bangkok turut naik.

Dagangan awal di London dan Paris masing-masing naik 0.5 peratus manakala Frankfurt menambah 0.7 peratus.

Bagaimanap­un prestasi buruk menyelubun­gi Wall Street dengan kejatuhan menjunam pasaran apabila semua tiga indeks menyaksika­n kerugian lebih satu peratus.

Pelabur dikejutkan dengan indeks aktiviti pengilanga­n AS mencecah paras sembilan tahun terendah pada Mei dan Jerman menyaksika­n kelemahan prestasi. AFP

 ?? [ FOTO HIASAN] ?? Indeks Nikkei di pasaran Tokyo ditutup lebih rendah.
[ FOTO HIASAN] Indeks Nikkei di pasaran Tokyo ditutup lebih rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia